Friday, June 4, 2010

cinta tak semestinya dimiliki.



Tangisan Sang Pengemis Cinta.

Pada usia yang masih dikira muda ini. Aku tak menyangka, malah tak pernah aku pinta. Kau hadir tiba-tiba dalam kamus hidupku. Salam persahabatanmu, aku sambut ikhlas. Namun huluran cintamu, aku cuba abaikan. Kerana, aku sedar kekurangan diriku. Lebih yakin, aku tahu, kau bukan yang jenis serius.

Tidak serius. Ahh. Itulah sifatmu yang sebenarnya telah mencuri hatiku. Kelucuanmu. Kemesraanmu. Jarang aku lihat kau sedih. Menangis apatah lagi. Satu kebiasaan teman-teman mengusik kononnya, kita berkasih. Tetapi, aku tepis semahunya. Kerana tak mahu dituduh perasan. Kau? Ahh. Sungguh bagus lakonanmu. Menerima usikan itu seolah ia benar belaka. Kenapa?

Ingat lagi pada malam itu. Pada jamuan perpisahan itu. Kata-katamu. Tak akan pernah aku lupa.
“amboi, sedondon la pulak korang dua nih!”
“well, kami kan sehati sejiwa..kan lisa? Tak rancang pon weh! Hehehe…”

Saat itu, aku cuma senyum tawar. Afif, sungguh, kelakuanmu menyeksa batinku. Kita berhubung seperti teman lain. Namun kau mula tunjukkan kasih kepadaku. Sifat perihatin, melindunggi, teman suka dan duka. Sifat yang amat didambakan perempuan sepertiku dari seorang lelaki. Kau pilih aku sebagai tempat menyimpan segala rahsiamu. Kau pilih aku sebagai tempat gugurnya air mata lelaki. Sungguh-sungguh kau nyatakan akulah segalanya. Kenapa?

Masih segar kata-kata Ain. Masih terngiang lagi hingga kini.
“he cried to you Lisa? Afif menangis in front of you?? Goshh. He really means it friend. Really.”
“apa maksud ko Ain? Aku tak faham..”
“tak faham or buat tak faham. Mane ade lelaki yang sanggup menangis depan perempuan instead he knew, the girl is different. Because he knew and confident she’s the one he love. Get it?”

Saat itu, aku mula yakin. Aku mula akui sayangku kepadamu. Aku yakin aku bukan bertepuk sebelah tangan. Ya, hubungan kita makin teguh. Ucapan kasihmu memang tak pernah luput dari bibirmu. Aku yakin, aku bahagia. Apalah lagi gadis biasa seperti aku ingin miliki selain dari keluarga, Tuhan dan kekasih yang tercinta?

Benar, manusia tiada yang sempurna. Semua kekuranganmu, aku terima seadanya. Kerana kau juga begitu bukan? Aku sangat memahami segala kesulitanmu yang memerlukan aku diketepikan. Aku faham akan kesibukan tugasmu sebagai pelajar. Namun, bukankah aku juga pelajar? Kita terpisah demi ilmu. Kau diseberang lautan. Aku dihujung negara. Tidak mengapa. Itu ujian. Tetapi, apakan daya seorang perempuan yang dilamun cinta menahan kerinduan selama 7 bulan tanpa bertemu? Tanpa gurau mesra. Dengan kurangnya khabar berita? Ohh. Aku sedar, aku pentingkan diri. Aku perlu sabar lagi.

Petang itu, air mataku, tumpah lagi.
“Lisa..tengok tu..sweetnye..tak sangka kan? Mula-mula macam anjing dengan kucing. Sekarang..kalah romeo and Juliet! Hehe..”

Aku cuma senyum tawar. Hampir setiap kelilingku, pasangan pacaran. Jiwaku tersentuh. Sayu. Namun, biarlah..masaku akan tiba. Malah, mungkin kami sudah halal tika itu. Itu lebih baik. Aku pujuk sendiri hatiku walaupun air jernih bening mataku perlahan mengalir.
Waktu demi waktu. Aku tetap setia menunggumu. Jika dulu, ucapan kasihmu berkurang. Kini hampir tiada kukira. Kenapa?

Cukuplah mungkin kerana kau terlalu sibuk. Jawatanmu lebih penting. Demi masa hadapanmu. Aku terima. Aku seorang yang positif. Itu aku pasti. Cinta dan kasih tak semestinya perlu diucap selalu bukan? Tetapi..aku runsing. Aku buntu. Pertanyaan itu, benar-benar membunuhku.

“Lisa..bila anniversary kau dengan Afif ek?”

Aku kaku. Sumpah! Aku tidak pernah tahu.. bila Afif? Bila saatnya, tarikhnya, ketika kau meminta aku menjadi teman istimewamu? Bila..? kepada mereka, aku jawab..

“tak tahu..? hehe..”

Dan semua tahu, ketawa itu palsu. Penyedap hati, Ecah lancar berkata, itu semua tidak penting. Yang penting, keikhlasan kasih sayang itu. Ya, benar katamu Ecah. Persoalan itu aku buang jauh-jauh. Tak mahu ia mengganggu harmoni hubungan kita. Walau aku sedar, yang kau tak pernah menyatakan hasrat itu.

Kesetiaan aku teruji pada tahun ketiga kasih kita. Kemunculan Arif dalam hidupku sebagai teman sekuliah rupanya membungakan harapan kepadanya untuk memilikiku. Dia sedar tentang kesepianku menantimu. Menggambil sebanyak usaha yang boleh demi menarik cintaku darimu Afif. Ya, aku hampir goyah. Kadangku rasa, sepiku terisi dengan kehadiran Arif. Senyum tawaku bukan lagi palsu.

“Lisa..kenapa kau buang masa tunggu lelaki yang langsung tak hargai kau? Selama 3 tahun ni, ade pernah sekali die jumpa kau? Come on, aku tahu, setiap tahun dia balik Malaysia kan? Don’t waste your time Lisa..i’m here..”

“dia ade urusan lain bila balik Malaysia. Tapi dia tak lupa hubungi aku Riff..tak pernah..even tak selalu..you know I’m him. Please, stop hoping. We are friend. And always friend..”

Tetapi, syukur. Aku tabah lalui ujian itu. Arif faham dan terima. Kami masih sahabat hingga kini. Kesetiaanku terhadap Afif, dibantu oleh keutuhan kasih sayangku. Sebab aku yakin, kau tercipta untukku.


Namun, sedikit demi sedikit, keyakinanku terhadap cintamu semakin luntur. Saat ini, kau sudah mula bekerja di tanah air. Jarak antara kau dan aku semakin kurang. Pada mulanya, aku dapat rasakan saat bahagia akan kembali. Percuma, sikapmu tak berubah. Kau tetap leka dengan kerjamu. Sayang, aku juga seorang pekerja! Beritahu aku, siapa perempuan biasa yang sanggup menahan sepi dan rindu selama 5 tahun? Jika ada, maka, sabarku mungkin berterusan.

Mengingatimu, benar-benar menyeksa batinku. Hubungan yang hanya bersambung oleh talian telefon serta internet cukup membunuhku. Adakala, aku rasa mahu lepas darimu. Tak sanggup lagi diseksa. Tapi, hatiku sebaliknya. Setiap kali amarah aku hadir, serta merta juga ia hilang, dek gurauan sendamu yang tak pernah berubah. Gurauan senda yang memikatku dulu. Air mata yang laju mengalir kering saat terdengar atau terbaca suara dan pesananmu. Ya Tuhan..it’s hurt…

“Lisa..sayang awak..”

“cukup Afif! Saya dah tak boleh terima keadaan ni lagi.. saya betul-betul kecewa.. jangan awak ucap, jika hanya dusta…”

“Lisa…”

Dan, malam itu, aku nekad..talian telefon kumatikan selepas aku hamburkan segala kekecewaanku. Kau cuma memanggil namaku. Kenapa? Ya, aku tamak! Mahukan lebih dari itu..namun, aku layak bukan?

Lebih 5 tahun aku seolah pengemis cinta. Menanti, mengharap, bersabar..cuba berikan yang terbaik. Hanya untuk bahagiakan kau dan aku. Lihatlah hasilnya, kita berpisah jua. Air mataku sudah kering untuk tangisi perpisahan ini. Jiwaku terasa begitu kosong. Aku bukan hilang kau Afif, aku juga hilang diriku yang dulu.. kenapa Afif? Kenapa…

***

“Lisa..”

“Am..hai..how are you? Lama tak dengar khabar! Sehat?”Am adalah sahabat lamaku dan Afif sewaktu zaman sekolah dahulu.

“Aku sehat..Lis, I’ve something very important to tell you..tapi…aku tak sanggup..kau bacalah sendiri surat ni. Maaf, aku betul-betul tak sanggup. Aku tak kuat..”

Jelas lagi air mata jernih Am dari pandanganku. Aku hairan. Surat digenggamannya bertukar tangan. Kumal kertasnya. Kotor, kesan debu dan darah. Perlahan, isinya ku teliti..

Salam alaiki kekasihku..

Waktu awak terima warkah ini, maafkan saya, sebab saya tiada disamping awak..
Afflisaa Hannani..maafkan saya jika selama 5 tahun ini, saya gagal menjadi lelaki idaman awak.. maafkan saya kerana sengaja mengabaikan awak walaupun jiwa saya meronta membantah.. maafkan saya kerana mengenepikan perasaan suci kerinduan awak untuk bertentang mata dengan saya walau batinku menyumpah diri sendiri..maafkan saya selama tempoh itu..saya seolah tak menghargai kasih sayang serta pengorbanan awak..walaupun hati ini menjerit mahu dibelai oleh satu-satunya wanita dalam hidup saya..

Sungguh, saya benar-benar mencintai awak Lisa..terlalu..namun, saya lebih cintakan Dia..saya tak mahu membawa awak ke lembah dosa duniawi sayang..saya tak mahu kita lalai dan leka menyulam kasih sambil menggembirakan syaitan..

Oleh itu kasihku, hasrat saya untuk menjadikan awak milik saya yang sah, saya genggam erat. Supaya apabila tiba masanya..hari bahagia itu muncul..namun, kasih kita teruji Lisa..saya tanpa rela disahkan menghidap kanser otak. And it’s already serious. Awak tahu bukan, saya sering mengadu sakit..tak terjangkau oleh mindaku yang terbatas ini..kuasa Tuhan sayang..

Lisa..percayalah, saya sangat cintakan awak..tapi bukan jodoh kita untuk hidup bersama..maafkan segala salah silap saya selama ini. kerana menyembunyikan dari awak..saya Cuma mahu awak gembira dengan membenci saya..namun, kesetiaan dan kasih awak..tak dapat saya hapuskan…maafkan saya…

Dan sebenarnya..saat awak membaca warkah ini..saya sudah pergi menghadap Ilahi kasihku..
Janganlah awak bersedih, kerana saya tak sanggup lagi melihat air matamu..
Semoga,kasih kita bertaut suatu masa nanti..insyaAllah..

Sekian, salam sayang.
Afif Hakimi.

Menggigil tubuhku saat menghabiskan isi surat itu. Air mata mengalir lesu. Mungkin kerana sudah letih. Aku terduduk layu. Menatap coretan akhirmu..

“Lis..sabar ok..Afif pergi bukan sebab kanser..tapi..he..he was hit by a van when he tried to take back the letter lepas jatuh ditiup angin pagi tadi..lis..i’m sorry..”

Kenyataan Am membuatkan dadaku makin sesak. Aku menangis semahu-mahunya.

***

Kini, 3 tahun sudah berlalu. Aku redha dengan pemergianmu. Redha dengan ketentuanNya. Perjalanan cintaku amat payah. Namun benar-benar memberi kesan. Hasratmu untuk lindungiku dari lembah maksiat cukup menyentuh hatiku. Syukur, aku sedar dan mengerti kini. Segala keinginanku dahulu adalah permainan pihak ketiga yang sudah berjanji memusnahkan manusia. Aku malu bila terkenangkan perilakuku yang terlalu mengejar dunia. Terima kasih Afif. Damailah kau di sana..dan aku, tak pernah menyalahkan kau kasihku..




* touching sangat. huhu. penulis terpaksa dirahsiakan atas kehendak beliau. take the positive part. :)




6 comments:

tang teng tong said...

nice post(>_<)

epalmanis said...

hee. tocey2. :)

shakey said...

weh,sdeyy...tp cite yg ats2 tu like i know who they were..hihi..

epalmanis said...

shakey..ahaha..saje gune sket..kih3

zikeryhassan said...

ter-touching :'(

epalmanis said...

zikery - ehehe.. kan? mase bace bergenang la gak air mata. huhu

Related Posts with Thumbnails