Tuesday, June 8, 2010

si kotak music

courtesy: uncle google.


tadi hangout dengan bff masa school. even tak cukup ahli, belasah jek. nak buat camne, ada tengah exam lagi, and yang dekat luar lingkungan negara lagi la tak boleh join kan? hoho. mereka ni, memang best, janji before pukul 11. dari 10.30 aku dah ada dekat terminal 1. diorang baru nak keluar rumah? cis. cis. cis. takpe, tunggu dengan sabar, sebab perjalanan diorang tak jauh sangat. plus, driving sendiri, so, tak macam aku, bus city liner aircond best tu kejap-kejap stop ambil and turunkan passenger. haishh. err, bukan kisah tunggu mak cik dua orang tu yang aku nak story, tapi ada dua orang budak yang aku rasa unik atau pelik. bagi aku lah, bagi orang lain, tak kot?

macam ni, as i'm waiting at the terminal, i sat on one of the bench kalau tak silap, platform sembilan domestik, yeke? ahh, takpe, tak penting. setiap deret tempat duduk ada tiga kerusi. eh? haha. hujung sana, ada mak cik duduk. aku duduk dekat hujung lagi satu. selang satu la. boleh imagine? side aku ni, dekat gila dengan satu kotak besar yang aku kira dah tak berfungsi dengan sekali jeling jek. depan aku, barisan bench paling depan, ada seorang pak cik duduk. dua kerusi sebelah dia kosong. sambil tunggu aku melilau tengok gelagat orang ramai, dengan muka tak friendly langsung. hehe.

then, aku nampak dua orang budak tu. budak rasenya, berdasarkan dress up ala-ala tak matang diorang. hehe. diorang jalan ke depan, which means, membelakangi aku. dalam ramai umat tuh, tak tau la kenapa aku tertarik dengan diorang. nak kata hensem..tak, tak.. adehh. mata aku tak senakal itu. hehe. sebab tiba-tiba diorang patah balik and menuju ke arah.. eh, aku ke? eh? eh? oh. ke arah kotak sebelah aku. terperasan. hehe.

bermula la ligat otak aku fikir, eh, diorang ni, nak buat ape? bukan boleh guna pun benda tu. da la dekat sangat dengan aku. ish, tak boleh jadi ni, handbag pegang kuat-kuat gila. payung abang aku digenggam kemas, best tu lau dapat tusuk kat perut kan. hehehe. tapi tempat awam ni, takpe, kena sentiasa berwaspada, aku bermonolog dalaman ni tadi. hehe. tapi serius, pelik jek budak dua orang tu. sok-sek sok-sek. ape ntah yang diorang cakap-cakap. sumpa cuak! ada jugak aku jeling-jeling. tapi yang pasti, bukan aku jek yang kehairanan. pak cik depan aku. beberapa orang lalu lalang, mereka pun toleh-toleh kepala tengok diorang. fuhh.

dalam situasi tersebut, aku cuba belagak tenang. muka tak friendly makin bertambah tak friendly. agak lama begitu. then suddenly, nak gugur jantung aku, nak pecah rasanya gegendang telinga bila tiba-tiba lagu WHAT ABOUT US - MICHAEL JACKSON kedengaran sangat kuat. munguks. jadah. kenapa JUKEBOX itu boleh guna?? mati-mati aku ingat dah kena mangsa vandal and terabai di situ. cis. cis and cis lagi.

agak ramai yang terpinga-pinga dengan lagu tiba-tiba tu. yang best kan, budak dua orang tu serentak duduk kat kerusi sebelah pak cik tu. mata tertumpu kat tv, tengok video klip kot. ntah, aku tak tengok. ego kot! haha. aku cuba perhatikan manusia-manusia dalam senyap. budak dua orang tu, kepala bergerak ikut irama. yang lain masih kekal dengan keadaan before. tapi pak cik tu! sikit-sikit kaki dia terhentak-hentak ikut rentak lagu! and, aku pun hampir mengetuk jejari ikut melodi. WTH? adehh.

tapi kan, kenapa lagu tersebut? fans MJ ke? gaya macam takde. pencinta alam kot. tolong sampai mesej. hehehe. finally, aku dengan muka tak friendly bangun and gerak ke petronas untuk dijemput oleh 'supir'ku. haha. bila da agak jauh jalan dari lokasi, aku akhirnya tersengeh jugak. haha. boleh lak bajet bebudak tu nak sabotaj aku. haha. ngeng! how on earth aku tau jukebox tu berfungsi lagi. tak pernah pulak aku nampak orang guna. aku pun berapa kali jek guna khidmat terminal 1. hehehe. tapi serius, tak sangka dalam edaran masa nih, kotak muzik tu ada lagi. hehe. tapi moden sikit, guna cakera padat, bukan piring hitam. siap ada klip video ditayangkan melalui tv even bukan jenis plasma. hehe.

teringat satu kisah, dari radio apa ntah, dulu-dulu takde radio, nak dengar lagu guna kotak nilah. masuk 10 sen, 2 3 lagu boleh main. hoho. sekarang? ntah berapa lah budak-budak tu bayar ek? lupa nak tanya. hehe.





*finally tengok jugak LBS. quote paling best, "hello.. hai, awak anak perempuan saya.." - Kasyah.


2 comments:

hara mz said...

apalah ko..kelakar je cte..
msti muke ko xleh blah kn mse tu:D

syafi said...

haha. cuak kot! mne la taw kan. kot budak tu nak ragut ke kan. hehehehe..
tp siyes, ak ingat sume jukebox da xgune dah. hehe

Related Posts with Thumbnails