Thursday, August 11, 2011

my advice, tak payah berskandal laa..

*tak senonoh pulak gambo time puasa-puasa nih. maappppp! ;p


Salam Ramadhan al-Mubarak.

lama dah kot rasenye tak menaip panjang lebar. asyik ww jek. sonang! haha. la ni nak membebel panjang sikit. sinis ke tak, tu aku punya pasal lah kan. ekceli aku tak tau nak start tang mana nih. lagu mana nak bukak bicara. cewah. tapi baca tajuk aku assume hangpa suma tau dah la nohh. hehe

macam suma orang tau, cinta dan kasih sayang itu fitrah. kurniaan Ilahi yang indah. macam-macam gaya, cara dan pe'el manusia menzahirkan rasa sayang menyayang masing-masing. ada yang suci murni tulus ikhlas, ada yg penuh nafsu maksiat, tak kurang juga dianggap permainan suka-suki enjoyable muda mudi. TAPI, apa yang aku nak fokus kat sini, mengenai skandal/kawan baek gila/teman tapi mesra etc. sebab kalau couple ni, takdehal sangat, walaupun takde istilah tu dalam Islam, tapi pandai-pandai lah kau jaga adab dan syariat. tunang and kahwin, tu takyah cite la. takde pengalaman lagipun. haha

why on earth nak skandal/kawan baek gila/teman tapi mesra etc. ??


A. tak nak lah kapel, takde dalam Islam.

B. salah sorang ekceli dah ada bf/gf
C. aku sayang dia, tapi tak berani nak bagi komitmen if terikat dengan status in a relationship.
D. saja-saja, suka-suka. aku punya pasal lah!

jawapan tu jawab jelah dalam hati masing-masing. tapi rasenya, mostly yang menjalani kehidupan seperti ni, akan jawab C kot. eh, kalau kau tak ade skandal etc tak payah lah jawab. memang E lah jawapanya. tak kesah lah apa pun jawapan nya, satu je aku nak nasihat, lupakan jelah, tak payah lah nak melalui life macam ni. takde bahagianya derr..

kenapa? sebab bagi aku, berskandal ni lagi sakit, perit, derita dan seumpama dengannya lah. kalau couple, at least you have a clear relationship, clear knot between si gadis dan si jejaka (gadis dan jejaka jek, aku tak support same gender ok). tapi skandal?? haru weh, macam tergantung tanpa tali. kalau kau jeles, kau nak marah skandal kau macam mana? kalau kau gf/bf die, ade la jugak logik nya kan? kalau kau terguris di hati, kau nak merajuk manja-manja gegedik bagai, tapi kau sape bagi dia? paling-paling dapat ayat best, "eh, itu awak punya pasal lah. masalah awak, bukan saya."

it's like nak telan mati mak, nak luah mati bapak. lama-lama mereput bervirus kat dalam hati. kalau dua-dua ada perasaan yang sama, tu boleh tahan lagi. tapi kasihan yang hanya bertepuk sebelah tangan. lagi haru biru. bila gaduh, pung pang pung pang, "tak nak kawan awak! benciiiii" ewah, suka suki jek. senang-senang jek tak nak kawan. dah tu before ni bukan main kau bagi harapan bagai, pastu tak nak kawan dah?

"tapi saya still nak kawan dengan awak la.."
"eleh, before kita kenal oke je awak hidup. tak mati pun. so takde masalah lah kan lau kita tak kawan dah"
"...tak, lain lah, saya nak kita macam dulu.."
"apa masalah awak kalau kita tak kawan dah haa?"
"....aku taknak hilang kau lah, aku syg kau lah b*d*h!!!"

ayat last tu, takde maknanya termampu nak tercakap, terperuk je dalam hati buat jeruk. yelah, macam aku cakap before, nak cakap, tapi mengingatkan yang diri tu bukan sapa-sapa bagi dia, baik tak payah cakap. nanti diri sendiri yang terluka lagi terhina. serba salah yang menyakitkan.

maaflah if ada yang aku kata ni tak betul. tapi lumrahnya macam tulah. prevent is better than cure. wah, kalau karangan SPM sure dapat markah lebih. haha. kepada gegadis dan jejaka di luar sana, usah lah dipermainkan sekeping hati manusia. jika tak bersedia untuk bertanggungjawab, jangan disentuh hati itu. jika yakin dan percaya mampu menjaga fragile heart manusia, langkah terbaek, kahwin jek. kurang sikit dosa. hehe. kalau tak pun, jangan bagi harapan apa-apa jika tahu anda tak serius untuk maju setapak ke alam munakahat.

wallahualam bisawab, sekian.


10 comments:

mr.oren said...

haha...
yang lelaki pon satu..
nak scandal wat apa..
kawin je la 4 terus..hahahahhaha

zahidahmy said...

sekurang2nye dapat taw status relationship..takat skandal..masih berada di awang-awangan..ape kata..kawen trus..huk3...

ika said...

org mengong je suka skandal2 nie...budjet hot la nak berskandal2...heh...nice la ayat yg merah tu! like sngt~

cik CT said...

kalo x bersedia nk bertanggungjawab jgn disentuh hati itu...sgt best..

syafi said...

oren:kawen 4 xpa, lau adil la. haha

syafi said...

ida: tp hat nak kawen trus tu yg payah. adat la, duet la. mcm2 -___-"

syafi said...

ika : haha. tula, kdg2 diorg xsedar implikasi negatif. hee, tq. :)

syafi said...

cik CT : hehe. tq.. hope dpt smpaikn mksud.. :)

Fikri Rais said...

dah kahwin nanti pandai2 lah limitkan ruang antara kita dgn kawan lelaki/pompuan.. kl diberi ruang dan peluang, macam2 bleh jadi... :)

syafi said...

fikri : haa.. btul2.. mse tu da kene pndai fikir2 sndri la kan. huhu

Related Posts with Thumbnails