Thursday, August 11, 2011
my advice, tak payah berskandal laa..
lama dah kot rasenye tak menaip panjang lebar. asyik ww jek. sonang! haha. la ni nak membebel panjang sikit. sinis ke tak, tu aku punya pasal lah kan. ekceli aku tak tau nak start tang mana nih. lagu mana nak bukak bicara. cewah. tapi baca tajuk aku assume hangpa suma tau dah la nohh. hehe
macam suma orang tau, cinta dan kasih sayang itu fitrah. kurniaan Ilahi yang indah. macam-macam gaya, cara dan pe'el manusia menzahirkan rasa sayang menyayang masing-masing. ada yang suci murni tulus ikhlas, ada yg penuh nafsu maksiat, tak kurang juga dianggap permainan suka-suki enjoyable muda mudi. TAPI, apa yang aku nak fokus kat sini, mengenai skandal/kawan baek gila/teman tapi mesra etc. sebab kalau couple ni, takdehal sangat, walaupun takde istilah tu dalam Islam, tapi pandai-pandai lah kau jaga adab dan syariat. tunang and kahwin, tu takyah cite la. takde pengalaman lagipun. haha
why on earth nak skandal/kawan baek gila/teman tapi mesra etc. ??
Tuesday, July 19, 2011
kau ikhlas, tp aku ikhlas ke?

- Ibu masak untuk kita kat dapur seikhlas hati nurani, tapi kita tlg ke kedai beli ramuan masakan dengan upah, muka kelat, hati geram sebab potong line tengok nora elena. tak pun, dik cergas. tak pun, MUFC vs CHELSEA. even highlight jek.
"ibu ikhlas, aku ikhlas ke?" - Abah kerja kuat siang malam mahu tengok anak-anak berjaya dunia akhirat, seikhlas hati tanpa merungut. tak jemu cari duit, nanti senang pegi cash deposit kat akaun anak, even malam-malam sekalipun. tapi kita suka-suki guna duit beli topup ambil berat bf/gf/scandals/adk-abg terangkat, tengok wayang, shopping-shopping, after dat, result tak seperti nilai duit abah.
"abah ikhlas, aku ikhlas ke?" - kawan kata, our friendship is so true. diorang seikhlas boleh menjadi teman kala susah kala senang. duit pon sanggup sharing asalkan tak mati sebab lapar. even diorang tahu, kita bukan mampu bayar balik dalam masa singkat. tapi kita, kawan ajak teman sat pi pekan jumpa doktor, punya liat. berjuta alasan bagi sebab nak tidur, atau layan korea, atau sebenarnya malas.
"kawan aku ikhlas, aku ikhlas ke?" - Cikgu-cikgu suma duk pulun cari bahan nak mengajar. dah la kena mengajar, kena marking test/exam yang.. err.. takpe lah. kena jadi coach sukan, kena buat line padang, kena buat kelas tambahan lagi, kadang-kadang cuti sabtu ahad pun lepak sekolah juga. tapi dek sayang anak murid, dan ikhlas galas tugas as guru. redah jer, janji anak-anak didik cemerlang. tapi kita? free-free je sepak terajang depa, kojaq dgn depa, pancit tayaq keta, kutuk umpat suma serbi la. pastu result? nasib baek bila cemerlang kena interview, ade terima kasih kat cikgu. yang tak sukses? cikgu la ni ajaq ntah macam mana ntah. syok sendiri, tau nak rotan, nak marah.
"cikgu ikhlas, aku ikhlas ke?" - erm, tunggu part 2 la! haha. peace!
p/s : welcome to brader sista of UniMAP to be. grab da chance, or u'll regret it. trust me. :)
Thursday, December 23, 2010
Grenade versi perempuan kepada lelaki.
lately, sangkut dengan lagu Grenade. lagu tema situasi sekarang. biasalah kan, bila timbul masalah atau kegembiraan duka atau lara, kita mesti ada satu lagu yang akan kita layan. konon-konon at least lagu tu memahami kita. huk. tapi Grenade by Bruno Mars ni, menyampaikan kekejaman seorang perempuan yang mempergunakan dia sedangkan dia begitu lah syok serta tangkap cintan dekat minah tu. ouh, that's hurt okay. totally. tapi aku nak terbalikkan. kenapa? ahah. saje-saje. biar fair. hahaha.
Easy come, Easy go
That's just how you live oh
Take, take, take it all
But you never give
Should have known
You was trouble
From the first kiss
Had your eyes wide open
Why were they open?
hidup ini kena ade give and take okeh. mana lah boleh semua kau nak ambik. kalau ada orang yang sanggup ketepikan kesibukkan kerja demi melayan kesedihan kau, sepatutnya kau pun boleh. bukan kau tinggalkan dia terkontang kanting menahan sebak dan sedu. tapi dek sayang, orang tu terus juga menyayangi kau even tau something is wrong somewhere...
gave you all i had
and you tossed it in the trash,
tossed it in the trash, you did
to give me all your love
is all i ever asked
cause what you don't understand is
i'd catch a grenade for ya
throw my hand on a blade for ya
i'd jump in front of the train for ya
you know i'd do anything for ya
i would go through all this pain,
take a bullet straight through my brain,
yes, i would die for you baby
but you won't do the same
Black, black, black and blue
Beat me till I'm numb
Tell the devil I said "hey" when you get back to where you're from
Mad MAN, bad MAN,
That's just what you are, yeah,
You'll smile in my face then
Rip the brakes out my car
If my body was on fire, oohrealiti nya, kalau dia sedang menderita menahan seksa merindu kau, menahan seksa melupakan kau, kau hanya akan melihat sahaja. tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. konon kau kata sayang. tapi sesungguhnya, kau memang lah pendusta. atau kau sebenarnya tak faham apa itu sayang? main suka hati je sebut. berapa ekar ladang tebu kau tanam kat bibir? sudahlah, semoga kau puas hati dengan kehidupan kau. semoga kau akan temu bahagia dengan cara kehidupan kau. dan dia pasti akan recover nanti. even bertahun pun masa diambil. dia pasti akan recover dari kekecewaan yang kau toreh dalam hati dia.
You' d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...
again, saje-saje je aku tuka jadi MAN. sebab fair enough la kan. bukan perempuan je yang ada perangai macam ni, lelaki pun ada. so, pandai-pandai lah fikir. hidup macam roda. jap je kau kat atas, tak lama lagi pasti merasa kat bawah pulak. sendiri mahu ingat lah. sekian.

*jangan tanya kenapa entry terlalu emosi.
Friday, December 3, 2010
manusia jual-ikan terhebat
- kita ni selfish kan?
- kadang-kadang, bila jari luka, kita mengaduh. marah-marah tak tentu pasal. tapi lupa, still kita boleh rasa sakit di jari, sedangkan, ada yang tak punya tangan.
- kadang-kadang, bila suruh berlari. mesti tak nak. sebab penat. tapi still, kita boleh berjalan. sedangkan, ada yang tak punya kaki.
- kita mengeluh dengan kesempitan hidup. tapi terlupa, yang mengikat perut menjadi tawanan di negara sendiri.
- kita rasa tak adil bila tengok kebahagiaan orang lain, tapi kita lupa ade yang mungkin tak akan rasa bahagia..
- kita sentiasa mencari teman yang sempurna, tapi lupa yang dekat dengan kita susah senang itulah yang terbaek even tak sempurna..
Sunday, November 21, 2010
kelemahan perempuan, kehebatan lelaki.
setuju tak dengan statement kat atas? tak rasa betul ke? tak rasa ke kekadang, perempuan akan menjadi sangat lemah bila masuk bab-bab cintan hati dan perasaan ni. bijak genius macam mana pun, end up akan buat jugak benda-benda bodoh yang tak masuk dek akal.
lemah kan perempuan bila sudah jatuh cinta. sebab sedaya upaya dia menjaga pasangan nya. sampai lelaki rimas kerna di anggap terkongkong. kurang bijak dah perempuan bijak itu. patut nya jangan over protected. biar jugak lelaki melalui life diorang dengan kawan-kawan especially. lagipun, perempuan kan pakar dalam memendam perasaan, makan hati. so, pendam jela kan?
bila ada lelaki mula masuk jarum. memang mula-mula jual mahal. tapi keras macam kerak nasi jek. lelaki hebat dalam bab-bab ayat-mengayat ni. serius. ayat manis sampai boleh kena potong kaki sebab kencing manis. sampai perempuan bijak pun boleh tertipu. boleh tersangkut. jadi buta mana baik mana buruk. kalau si jejaka ikhlas tanpa secalit penipuan dan kepalsuan takpe. tapi yang memang niat dari azali nak buat main tu.. dan sekali lagi permpuan jadi bodoh kan? sampai ada yang give up dalam hidup. pegi bunuh diri sesuka hati. tak kurang yang menangis macam esok dah takde. yang jiwa kacau tak tentu pasal.
"even if i had a million reasons to leave you, i would find one to stay"
sweet tak? sweet kan. tapi cynically, it's stupid. rubbish. perempuan lemah, sakit hati macam mana pun, terasa makan hati macam mana pun, mata bengkak-bengkak nangis sorang-sorang pun, masih terhegeh-hegeh setia jugak kat lelaki. sebab ketulusan dan keikhlasan kasih dalam hati dia buat si lelaki. yang dipercayai separuh mati. sampai bodohnya mereka hingga tergadai maruah diri. yang kemudian habis madu sepah di buang. salah siapa? perempuan yang dikatakan bodoh lah kan?
perempuan terkenal dengan sifat lembut dan mudah terasa serta merimaskan kadang-kadang. kalau ada yang tak kena, mesti merajuk. rimas kan? tapi insan itu juga lah yang akan risau separuh mati bila suaminya nanti sakit. bila suaminya lapar. bebelan yang membingitkan itulah nanti menjadi satu kerinduan buat seorang lelaki bila perempuan miliknya telah tiada. dan kalau dah tau tak sanggup menahan kerimasan dan kejengkelan perempuan, buat apa didekati? buat apa disentuh hati nya? kalau belum sedia, jangan lah mencuba. persoalan di situ. dan pengakhiran sebuah kisah, perempuan bodoh jugak dipersalahkan, sebab terlalu gedik atau apa sahaja.
hebat kan lelaki. lemah kan perempuan kerana terlalu mengasihi?
tapi aku akui, bukan semua lelaki begini, bukan semua wanita begitu.
kesimpulan, tak usah lah terlalu mencari cinta manusia. sebab dah memang tertulis di loh mahfuz siapa yang akan menjadi teman sehidup semati kita. tunggu masa je. kejar lah cinta hakiki milik Ilahi. jangan dustakan cinta-Nya.
menjadi peringatan diri sendiri juga. sekian.

Saturday, November 6, 2010
luka.
"Jika kamu memancing ikan.... Setelah
ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga.. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...."
[specific]aku adalah si ikan yang kau lepaskan tanpa belas selepas diriku luka demi kamu. luka sedia ada kini kau perah dengan limau, kau tabur bersama garam. luka ini tak boleh aku ramal tempoh pulih nya. mungkin tak akan pernah sembuh? dan jika sembuh sekalipun, parut tetap kelihatan. kepada siapa aku nak tunding jari? pada diriku yang terlalu kasihkan kamu? dan tak mungkin aku rela menyalahkan kamu. kerna kebencian hilang saat aku mengenali kamu. terlalu butakah aku? bodohkah aku pabila terus menerus mengharapkan kamu? ceh, macam lah kau meneliti kata-kata ini. sekali lagi, aku tetap si ikan hodoh yang tidak kau inginkan.
[umum]sadis. bukan nak minta simpati readers. tapi nak saling ingatkan sesama umat manusia. beb, manusia semua ada hati dan perasaan. tak kesah lah gurls/boys sebab aku tak amal konsep feminisme. sebab we for sure need each others. so, janganlah anda tebuk, tarah luka dalam hati sesama umat. besar natijahnya. makan masa pemulihannya. setelah anda berjaya mencuri hati-hati insan terpilih, tak kesah lah apa jua cara, samada digula-gulakan atau sebagainya, jagalah sebaiknya. usah biar hati tersebut menyimpan dendam, fobia atau mati dari terus menerima kasih sayang anugerah Ilahi. dan tolonglah, jika anda rasa anda belum bersedia untuk menjaga hati itu, janganlah anda hampirinya. jangan disentuh hati itu. kerna jika benar-benar hati itu milik anda, pasti terbuka jua jalan bersama diri anda yang sudah cukup bersedia. mungkin apa yang aku kata ini omong kosong buat anda. mungkin secebis sampah. perkara leceh serta lame. sebab siapa aku nak berbicara bukan? tapi ingatlah, kadang-kadang apa yang disampaikan lebih utama dari siapa yang berkata-kata. demi pembangunan rohaniah dan intelektual umat bangsa, fikirlah.
*entry lebih bersifat peribadi. mungkin amarah. mungkin kekecewaan.
Thursday, October 21, 2010
bila dah hilang.
- saya keliru dengan awak. awak panggil saya sayang. awak kata rindu. awak buat hati ini layu, lemah bila dengan awak. tapi awak tetap cakap saya kawan awak. kenapa ek?
- tapi takpe. saya ok jek. sebab saya kan cool. even kadang-kadang sayu jugak hati ini. tergantung tanpa tali. cemburu tau tengok awak mesra dengan gurl lain. tapi nak buat macam mana kan, siapalah saya. alah, ayat touching pulak.
- kesana kemari saya mesti ada di sisi awak. sebab memang saya sayang sangat kat awak kan, nak buat macam mana. awak sakit sikit waima bersin pun saya dah risau tahap dewa. bila awak outstation lagi tak boleh blah. macam separuh diri ni terbang entah ke mana.
- dalam diam, setiap lepas solat, saya sentiasa berdoa dan berharap, agar dapat menjadi yang halal buat awak. memiliki awak, menjaga awak sepenuh hati, makan pakai kesihatan dan lain-lain. tapi, kuasa tuhan adalah segala-galanya. dalam sendu, saya tetap redha.
- sekian lama pun, awak tetap macam ni. kian saya makan hati. menyintai tanpa memiliki itu sakit tau! pernah saya tanya hati ke hati, apa mahu mu? dan tak sanggup saya nak ulang jawapan awak. kini nekad sudah. sungguh-sungguh saya berdoa agar semua pesona awak mampu saya lupakan walaupun saya tahu ia amat payah.
- takdir Yang Esa, petang itu, saya kemalangan. sebab kalut nak balik sebab awak mintak tolong. 3 hari saya koma. dalam koma, saya dengar suara awak merayu agar tak pergi tinggalkan awak. awak mintak saya kuat. untuk apa?
- "Maya dah sedar!". jeritan Hanim mencetus gerakan semua yang ada ke wad terlantar nya maya selama 3 hari. dalam payah, even pucat, Maya tersenyum. semua lega. semua ketawa syukur.
- "Maya.. thanks God dear.." semua berpaling ke arah Naim. jejaka yang baru tiba itu kelihatan ceria dan tersenyum girang. namun senyuman tu mati apabila terdengar jawapan dari maya. "Awak siapa? mama.. papa.. who's he?". dan mereka yang lain berpandangan keliru.
- Maya sihat. tapi tetap tak kenal Naim. sedikit pun memori tentang lelaki itu tidak ada. cuma rasa hatinya yang agak lain yang meyakinkan nya Naim pernah dikenali. namun, keadaan sudah berubah. tak sama dah. takde dah panggilan dari maya yang penuh caring untuk Naim. mesej good luck sebelum exam pun dah takde. apatah lagi ucapan selamat malam. dan beberapa ketika selepas tragedi Maya. baru Naim sedar, betapa dalam cintanya buat gadis itu hingga hidupnya tunggang langgang sebab dah kehilangan Maya.
Sunday, October 17, 2010
kejar apa ek?
Friday, June 11, 2010
mesra. cepat. betul. MESRA la sangat!
Wednesday, June 9, 2010
apabila guru jatuh cinta dengan murid

guru memang seorang yang mulia. tak boleh deny dah. pengorbanan masa, wang ringgit dan banyak lagi harus kita kenang & ingat. fikir senang ke jadi guru? even aku bukan seorang guru. tapi from my experience as both my parents are teacher, fuhh. sumpa, perit jugak. rasa hormat and sayang perlu ada dalam diri insan yang bergelar pelajar. tetapi! haa, sayang macam mana?
- sayang seorang anak kepada ibubapa?
- sayang seorang kawan?
- sayang lebih dari kawan?
hehehe. bagi menjaga privacy sesama umat.
dengan kekuatan 5 orang, kami ditugaskan untuk bagi motivasi kepada student tingkatan 5 sekolah tersebut. group student yang aku dapat dari kalangan top student seramai 10 orang. pendekkan cerita, dari sepuluh pecah pada 5. so, kami dapat 2 orang adik untuk dibasuh. hehehe. pung pang sana sini aku berleter tentang perjanan masa depan. so, nak jadikan sesi tersebut bukan syok sendiri, aku pun tanya masalah siti & ain (bukan nama sebenar).
mula-mula masalah biasa jek, mereka dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah serta dari keluarga yang ramai. tapi aku salute semangat nak belajar diorang. selain kena belajar, hal rumah pun diorang kena uruskan. adik-adik lagi. adehh. insaf aku. tapi, masalah yang terakhir tu yang aku tak boleh bayang. tak terfikir dek akal!
siti ni, tinggi and cantik. plus sopan santun lagi lemah lembut. fuhh. masalah dia;
"kak, macam mana nak settle kalau ada cikgu ni suka kat saya?"
dush. amek kau. terkedu aku. budak ni, biar betul? aku pun tanya detail, cikgu tu cikgu baru. muda lagi, tapi bukan praktikal rasenya, tertarik dengan masakan siti masa kem KRS? ehh. camne nak jawab ni?
guru pun manusia biasa kan? punya hati dan perasaan. hati dan perasaan pulak tak boleh nak pakse. mungkin semua akan mencemuh dan rasa jijik bila anak murid bercinta dengan guru serta sebaliknya. sebab apa? sebab guru sepatutnya mendidik murid. tapi ulang lagi, guru pun insan biasa. hanya kerana title guru, dia tak boleh bercinta? cewahh, serius pulak. okeh, cuba kalau mereka bukan guru, bukan murid. mesti orang tak bising, tak mengata.
aku pesan dekat siti, abaikan. fokus dekat SPM yang lagi penting. even guru tersebut sering membantu dalam beberapa subjek walaupun luar bidang. dia belikan buku-buku lagi. aku cakap, kalau cikgu tu betul-betul ikhlas, dia akan tunggu siti. so, capai cita-cita siti dulu. siti dapat terima nasihat aku. tapi aku pulak yang rasa semacam. macam tak betol jek apa yang aku cakap kat dia. adehh.first time aku berhapan dengan situasi ni, before ni aku ingat kisah macam ni wujud dalam novel jek. imaginasi penulis. tak sangka ada yang adapt. hoho.
bagi anda pulak camne? tapi bagi aku, tetap tak manis jika guru bercinta dengan murid. kalau nak sangat, tunggu murid tu abiskan sekolah dulu lah! hehehe.
Friday, June 4, 2010
cinta tak semestinya dimiliki.

Friday, November 20, 2009
aku perigi, kau timba.
satu hari yg sejukk.
berkata perigi kpd timba:
"terima kaseh atas kebahagian dan perhatian yg kamu beri dlu.
maaf, sy tdk ada kecantikkn utk mmbanggakan kamu.
maaf, sy tdk ada suara yg merdu utk menyanyi utk kamu.
maaf, sy tdk ada kelebihan utk gembirakan kamu selalu.
maaf, sy tdk ada harta utk memberi.
maaf, sy tdk ada sepenuh masa utk kamu.
maaf, sy tdk ada sifat memahami utk faham kamu.
maaf, sy tdk ada jambatan utk bertemu kamu.
tetapi, sy ada sepenuh kasih sayang, kesetiaan dan kerinduan buat kamu.
sekali kamu memilikinya, sampai bila pun, ia milik kamu.
namun jika itu, apa yg sy ada, kamu tdk mahu, maka, jelaskan lah.
berterus terang, dan tinggalkanlah sy, perigi yg lemah ini..."
jawab timba:
"...."
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Designed by grrliz