Sunday, July 31, 2011

muhasabah cinta, surat dari seorang yg berdosa.


sempena Ramadhan ni, moh ler kita pakat-pakat muhasabah diri, jauhkan dari kemungkaran, dekatkan dengan kebaikan. apa pun yang kita dah buat, bakal buat atau terasa macam nak buat, kita fikir dulu, wajar ke tak, baik ke tak, buruk ke tak. nanti menyesal, air mata darah pun tak guna.




terbaca ayat-ayat dari seseorang ini, tersentuh jugak rasa. ada point-point yang terkesan. huhu. mungkin catitan ini hanya sebuah nukilan, atau mungkin, kejujuran yang lahir dari hati beliau.



KHILAF HATI


mungkin lah aku kurang menyenangkan. tak dapat menepati cita rasa kamu, kamu atau kamu. tapi aku suda cuba beri yg terbaik, yg termampu untuk menjaga hubungan antara kita. ku turutkan semua permintaan, tapi ingatlah, batas dan had masih ada. siapa aku tanpa sebarang ikatan? aku tidak mahu menjadi seperti perigi yg mencari timba. walau dunia kini sudah moden, tapi aku masih gadis melayu yg ingat asal usul, ingat adat budaya. ya, mungkin aku yg terlalu paranoid atau apa saja yg mahu kamu, kamu atau kamu katakan. tapi itulah aku.


aku gadis. gadis beragama. agama Islam nan suci. kamu, kamu atau kamu juga sama. sama beragama. tapi ku turuti jua permintaan kamu, kerna kabur dek sayang nya aku kpd kamu. yg kononnya bukti betapa kasihnya aku kpd kamu. tapi ingatlah, aku bukan gadis murah. yg bebas kamu mahu bawa kemana-mana, yg bebas kamu belai, kamu nikmati kehadiran, yg kamu beri sekian harapan, tapi hakikatnya, harapan itu kosong. tapi ku turuti jua kerna bagiku, kau lah segalanya. silap diriku. aku juga ada maruah. aku mahu jadi gadis solehah. yg cantiknya, indahnya, hanya untuk dia yg benar-benar dipilihNya untuk ku.


lemah lembutku, santun bicaraku, manjaku, bukan untuk semua. tapi untuk dia yg tercipta untukku. tp ku cemari nya kpd kamu. kerna benar, aku sayang kamu. namun dgn khilaf hati ini, terfikir oleh ku, masih layak kah aku untuk dia? luruh hati ini mengenangkan, bidadari suci yg dia impikan, pernah terusik hati nya utk insan lain. pernah berdosa dgn insan lain.


tulus dan keikhlasan hati ini seperti tiada harga. oleh itu, biarlah, biarlah aku undur diri dari kamus hidup kamu, kamu atau kamu. pasrah dgn lara ketentuan. melihat kamu bahagia, aku rela derita menanggung kesalan dosa-dosa yg memeritkan, menanggung kerinduan, kenangan-kenangan manis yg pernah kita lalui.

cinta hampa ini, biarlah kuserah kan kepada Dia yg sekian lama aku ketepikan. yg lebih hakiki cintanya. moga ku mampu memiliki sebedang keredhaan, cinta dan keampunanNya..


kamu, kamu atau kamu. walau siapa pun kamu, ingin ku ucapkan, terima kasih atas segalanya..










6 comments:

Firdaus Life said...

terima kasih diatas peringatan ni.. selamat menyambut ramadhan :)

mR.sAm said...

nice entri slamt berpose mudah2an..kita dapt keberkatan..

NAZ said...

selamat berpuasa :) saya cuba menjadi lebih baik.

epalmanis said...

freaky - same2. pesanan utk diri jugak. :)

epalmanis said...

Mr.BUny - slmt pose gak. insyaAllah..

epalmanis said...

naZ - wah,xsangka awk sudi baca belog sy neh. makin trsentuh rase. haha. neway, slmt brpose, insyaAllah. :)

Related Posts with Thumbnails