Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

andai hati ada screen, kau sure nampak isinya.


  • "mia, mai kolej aku sat weh, barang hang da sampai ni. mai noh!". aiseh, time-time ni jugak la kau nak suruh aku datang zaty oi. takpe lah, malas-malas pon, aku redah jelah. rembat sweater, tudung express, kunci keta. jom!
  • kolej kediaman gajus. hehs. takde nama lagi indah ke ape? haha. stock barang untuk program peoples' talk dah sampai. nak tak nak kena ambik, sebab esok dah nak set up hall. "lain kali kan zaty, msg la aku kul 2 pagi ke, 4 pagi ke..lepas subuh laaagiiiii afdal". "hehe,jangan la menusuk sangat perli tu pun. ekeke". "takpelah, aku gerak dulu, thanks by the way! "
  • alahai, jauh pulak la parking keta pun. nasib baek kat depan tu meriah. mana tak, gerai macam tak siap tapi ada astro. elok-elok pulak tengah liverpool vs harimau malaya. meriah beb meriah. tp aku nampak merah je sume. biasalah.. "eh, mia!". pulak, sape yang baik sangat tegur ni. " oh, kau taqhif, hehe". "ape sengih-sengih. mai la sat, lama dowh tak borak dengan kau". gila ape, da kul 11 lebih da ni. xpelah, basa-basi jela, kang kate sombong pulak.
  • sedap je aku langkah masuk gerai tu, elok je mata aku landing kat meja sudut yang agak tersorok tapi ak still nampak. oh, hazry.. dengan awek cun. tak perasan la pulak si taqhif ni duk perhati aku. "mia, kau ok tak? sory la, we all bukan nak rahsia, tapi tak sampai hati nak bagitau kau.. kitorang pun surprised gak, nampak kau dengan hazry before ni macam loving couple, but..". "haha, ok jek aku. weh ok lah, lewat da ni, aku gerak dulu la ye, bye!".
  • saat itu, hazry ternampak la pulak aku. aku sempat sengih jek kat dia sebelum blah. sampai kat keta, "mia kejap!". ape hazry nak ni? "mia, sorry.. saya, sa..saya..". "eheh, takde apelah awk, cun seyh awek. awat tak habaq awai-awai? hehe". "mia awk tak marah? but..?". aku senyum, "yes, saya ngaku, i'm jealous. sangat. but then, saya tak boleh nak marah pun. sebab saya bukan siapa-siapa kan, cuma kawan baik awak..dah la,saya mintak diri dulu, bye". pastu aku terus masuk keta. reversed, and blah.
  • but hazry, kalau hati ade pancaran screen live, kau sure nampak apa isi hati aku kan? oi mia, what's with these tears?!

Thursday, December 23, 2010

Grenade versi perempuan kepada lelaki.

boleh tahan kan semua lagu-lagu Bruno Mars. lirik-lirik dia, fuhh. somehow, BM should make a class for boys on how to treat ladies. HAHA.

lately, sangkut dengan lagu Grenade. lagu tema situasi sekarang. biasalah kan, bila timbul masalah atau kegembiraan duka atau lara, kita mesti ada satu lagu yang akan kita layan. konon-konon at least lagu tu memahami kita. huk. tapi Grenade by Bruno Mars ni, menyampaikan kekejaman seorang perempuan yang mempergunakan dia sedangkan dia begitu lah syok serta tangkap cintan dekat
minah tu. ouh, that's hurt okay. totally. tapi aku nak terbalikkan. kenapa? ahah. saje-saje. biar fair. hahaha.

Easy come, Easy go
That's just how you live oh
Take, take, take it all
But you never give
Should have known
You was trouble
From the first kiss
Had your eyes wide open
Why were they open?

hidup ini kena ade
give and take okeh. mana lah boleh semua kau nak ambik. kalau ada orang yang sanggup ketepikan kesibukkan kerja demi melayan kesedihan kau, sepatutnya kau pun boleh. bukan kau tinggalkan dia terkontang kanting menahan sebak dan sedu. tapi dek sayang, orang tu terus juga menyayangi kau even tau something is wrong somewhere...

gave you all i had
and you tossed it in the trash,
tossed it in the trash, you did
to give me all your love
is all i ever asked
cause what you don't understand is
i'd catch a grenade for ya
throw my hand on a blade for ya
i'd jump in front of the train for ya
you know i'd do anything for ya
i would go through all this pain,
take a bullet straight through my brain,
yes, i would die for you baby
but you won't do the same

sedih oit. orang da kaw-kaw sayang kau, sanggup bagi apa sahaja demi kau. tapi kau tak hargai. kau buat macam alas kaki je pengorbanan dia. balik-balik yang kau mintak, tunjukkan bukti cinta dia. apa kau buta? dia sanggup berkorban, sanggup tahan segala kesakitan demi kau, bom pon sanggup dia sambut tuuu.. tapi sahih lah kau memang buta agaknya. walau dalam islam tak boleh bunuh diri atau memudaratkan diri, tapi semua ini cuma ungkapan hiperbola serta metafora untuk kau faham la samdol! yang betapa dia kasihkan kau. tapi kau takkan buat benda yang sama bukan? (lagipun penulis lirik ni kafir, lantak pi la, janji maksud sampai)

Black, black, black and blue
Beat me till I'm numb
Tell the devil I said "hey" when you get back to where you're from
Mad MAN, bad MAN,
That's just what you are, yeah,
You'll smile in my face then
Rip the brakes out my car

fine, fine, permainkan lah dia semahu kau. sampai dia nampak sangat lah bodoh. kau permainkanlah dia macam patung otomen atau monster inc. yang boleh kau sepak kesana kemari, yang boleh kau aturkan apa agenda, apa pergerakkan serta segalanya buat si patung. ohoo. kau memang lah manusia yang setaraf dengan DEVIL. hoi, tak selamanya dia akan jadi buta dengan cinta dia untuk kau la. satu masa dia akan sedar jugak. dia akan sedar yang kau tak lebih dari seorang yang jahat atau bahasa kasar nya, TAK GUNA.


If my body was on fire, ooh
You' d watch me burn down in flames
You said you loved me you're a liar
Cause you never, ever, ever did baby...

realiti nya, kalau dia
sedang menderita menahan seksa merindu kau, menahan seksa melupakan kau, kau hanya akan melihat sahaja. tanpa ada sedikit pun rasa bersalah. konon kau kata sayang. tapi sesungguhnya, kau memang lah pendusta. atau kau sebenarnya tak faham apa itu sayang? main suka hati je sebut. berapa ekar ladang tebu kau tanam kat bibir? sudahlah, semoga kau puas hati dengan kehidupan kau. semoga kau akan temu bahagia dengan cara kehidupan kau. dan dia pasti akan recover nanti. even bertahun pun masa diambil. dia pasti akan recover dari kekecewaan yang kau toreh dalam hati dia.

again, saje-saje je aku tuka jadi MAN. sebab fair
enough la kan. bukan perempuan je yang ada perangai macam ni, lelaki pun ada. so, pandai-pandai lah fikir. hidup macam roda. jap je kau kat atas, tak lama lagi pasti merasa kat bawah pulak. sendiri mahu ingat lah. sekian.




*jangan tanya kenapa entry terlalu emosi.


Sunday, November 21, 2010

kelemahan perempuan, kehebatan lelaki.

" sometimes an intelligent girl can be the stupidest human being because of love"

setuju tak dengan statement kat atas? tak rasa betul ke? tak rasa ke kekadang, perempuan akan menjadi sangat lemah bila masuk bab-bab cintan hati dan perasaan ni. bijak genius macam mana pun, end up akan buat jugak benda-benda bodoh yang tak masuk dek akal.

lemah kan perempuan bila sudah jatuh cinta. sebab sedaya upaya dia menjaga pasangan nya. sampai lelaki rimas kerna di anggap terkongkong. kurang bijak dah perempuan bijak itu. patut nya jang
an over protected. biar jugak lelaki melalui life diorang dengan kawan-kawan especially. lagipun, perempuan kan pakar dalam memendam perasaan, makan hati. so, pendam jela kan?

bila ada lelaki mula masuk jarum. memang mula-mula jual mahal. tapi keras macam kerak nasi jek. lelaki hebat dalam bab-bab ayat-mengayat ni. serius. ayat manis sampai boleh kena potong kaki sebab kencing manis. sampai perempuan bijak pun boleh tertipu. boleh tersangkut. jadi buta mana baik mana buruk. kalau si jejaka ikhlas tanpa secalit penipuan dan kepalsuan takpe. tapi yang memang niat dari azali n
ak buat main tu.. dan sekali lagi permpuan jadi bodoh kan? sampai ada yang give up dalam hidup. pegi bunuh diri sesuka hati. tak kurang yang menangis macam esok dah takde. yang jiwa kacau tak tentu pasal.

"even if i had a million reasons to leave you, i would find one to stay"

sweet tak? sweet kan. tapi cynically, it's stupid. rubbish. perempuan lemah, sakit hati macam mana pun, terasa makan hati macam mana pun, mata bengkak-bengkak nangis sorang-sorang
pun, masih terhegeh-hegeh setia jugak kat lelaki. sebab ketulusan dan keikhlasan kasih dalam hati dia buat si lelaki. yang dipercayai separuh mati. sampai bodohnya mereka hingga tergadai maruah diri. yang kemudian habis madu sepah di buang. salah siapa? perempuan yang dikatakan bodoh lah kan?

perempuan terkenal dengan sifat lembut dan mudah terasa serta merimaskan kadang-kadang. kalau ada yang tak kena, mesti merajuk. rimas kan? tapi insan itu juga lah yang akan risau separuh mati bila suaminya nanti sakit. bila suaminya lapar. bebelan yang membingitkan itulah nanti menjadi satu kerinduan buat seorang lelaki bila perempuan miliknya telah tiada. dan kalau dah tau tak sanggup menahan kerimasan dan kejengkelan perempuan, buat apa didekati? buat apa disentuh hati nya? kalau belum sedia, jangan lah mencuba. persoalan di situ. dan pengakhiran sebuah kisah, perempuan bodoh jugak dipersalahkan, sebab terlalu gedik atau apa sahaja.

hebat kan lelaki. lemah kan perempuan kerana terlalu mengasihi?

tapi aku akui, bukan semua lelaki begini, bukan semua wanita begitu.

kesimpulan, tak usah lah terlalu mencari cinta manusia. sebab dah memang tertulis di loh mahfuz siapa yang akan menjadi teman sehidup semati kita. tunggu masa je. kejar lah cinta hakiki milik Ilahi. jangan dustakan cinta-Nya.

menjadi peringatan diri sendiri juga. sekian.



Thursday, October 21, 2010

bila dah hilang.

  • saya keliru dengan awak. awak panggil saya sayang. awak kata rindu. awak buat hati ini layu, lemah bila dengan awak. tapi awak tetap cakap saya kawan awak. kenapa ek?

  • tapi takpe. saya ok jek. sebab saya kan cool. even kadang-kadang sayu jugak hati ini. tergantung tanpa tali. cemburu tau tengok awak mesra dengan gurl lain. tapi nak buat macam mana kan, siapalah saya. alah, ayat touching pulak.

  • kesana kemari saya mesti ada di sisi awak. sebab memang saya sayang sangat kat awak kan, nak buat macam mana. awak sakit sikit waima bersin pun saya dah risau tahap dewa. bila awak outstation lagi tak boleh blah. macam separuh diri ni terbang entah ke mana.

  • dalam diam, setiap lepas solat, saya sentiasa berdoa dan berharap, agar dapat menjadi yang halal buat awak. memiliki awak, menjaga awak sepenuh hati, makan pakai kesihatan dan lain-lain. tapi, kuasa tuhan adalah segala-galanya. dalam sendu, saya tetap redha.

  • sekian lama pun, awak tetap macam ni. kian saya makan hati. menyintai tanpa memiliki itu sakit tau! pernah saya tanya hati ke hati, apa mahu mu? dan tak sanggup saya nak ulang jawapan awak. kini nekad sudah. sungguh-sungguh saya berdoa agar semua pesona awak mampu saya lupakan walaupun saya tahu ia amat payah.

  • takdir Yang Esa, petang itu, saya kemalangan. sebab kalut nak balik sebab awak mintak tolong. 3 hari saya koma. dalam koma, saya dengar suara awak merayu agar tak pergi tinggalkan awak. awak mintak saya kuat. untuk apa?

*********

  • "Maya dah sedar!". jeritan Hanim mencetus gerakan semua yang ada ke wad terlantar nya maya selama 3 hari. dalam payah, even pucat, Maya tersenyum. semua lega. semua ketawa syukur.

  • "Maya.. thanks God dear.." semua berpaling ke arah Naim. jejaka yang baru tiba itu kelihatan ceria dan tersenyum girang. namun senyuman tu mati apabila terdengar jawapan dari maya. "Awak siapa? mama.. papa.. who's he?". dan mereka yang lain berpandangan keliru.

  • Maya sihat. tapi tetap tak kenal Naim. sedikit pun memori tentang lelaki itu tidak ada. cuma rasa hatinya yang agak lain yang meyakinkan nya Naim pernah dikenali. namun, keadaan sudah berubah. tak sama dah. takde dah panggilan dari maya yang penuh caring untuk Naim. mesej good luck sebelum exam pun dah takde. apatah lagi ucapan selamat malam. dan beberapa ketika selepas tragedi Maya. baru Naim sedar, betapa dalam cintanya buat gadis itu hingga hidupnya tunggang langgang sebab dah kehilangan Maya.



*tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah pergi.


Wednesday, September 22, 2010

hanyut - hukuman

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

*******************************************

  • malam tu, irfan sedang asyik berborak dengan kawan-kawan. maklumlah, berbulan tak jumpa. entah apa yang dibincangkan, kes datuk sosilawati agaknya. deringan telefon yang memekak terus dijawab. kedengaran suara pemanggil sayup dari jauh. "Fan..iqa..iqa..." belum sempat dihabiskan ayat, Irfan mencelah " sayang, Fan tengah lepak ni, nanti Fan call awak balik ok, bye sayang!". talian putus.

  • esoknya, Iqa terima sms. dari Irfan. katanya, dia mahu ikut trip memancing kawan-kawan. mungkin pergi untuk 2 3 hari. dalam hati, Iqa berdoa, semoga dia selamat pergi dan balik.

  • "awak tengok gambar yang ni, fuhh. kacak kan boyfriend awak. dengan ikan besar tu. hehe." ceria si irfan. " oh. baguslah" balas Iqa. Irfan tersentak. dapat dirasakn, something is wrong somewhere. dari tadi, gadisnya hanya diam. sesekali tersenyum tawar. sepatah ditanya, sepatah dijawab. malah, mata nya kelihatan bengkak. menangis?

  • irfan resah. terus ditarik iqa mengadapnya. "awak, kenapa ni? what's going on?" sungguh dia tak faham hati wanita. "awak tak call saya balik malam tu fan." Irfan mengeluh, tak kan sebab itu je? "awak memang pentingkan kawan-kawan awak je kan?" Irfan mula rimas. dan sedikit tak selesa bila hal kawan-kawan dibangkitkan. " ape awak cakap ni. kan saya dah lama tak jumpa diorang. lagipun, tanpa diorang siape lah saya. sorry la, bukan tak nak call, tapi letih sangat. terlupa. tak perlu besarkan hal ni ok?"

  • airmata Iqa tiba-tiba meluncur laju. Irfan kaget. "saya tak halang awak nak lepak dengan kawan. dan saya pun tak mintak setiap 24 jam awak untuk saya sahaja. sebab saya pun ada kawan. saya faham situasi awak. sebagai seorang yang bekerjaya, anak, abang dan adik. tapi, ada waktu tertentu, saya amat memerlukan awak. tapi kenapa mesti awak takde.." Iqa masih dalam sedu. Irfan senyap menelan kata-kata Iqa.

  • "awak tak nak tanya kenapa saya call awak malam tu?" dalam sedu, Iqa bersuara. "kenapa..?" soal Irfan macam orang dungu. "papa dah pergi buat selamanya..and i really need you at that time.." macam kena penampar, Irfan terkedu.

  • saat itu, Iqa berdiri dan mula melangkah untuk pulang. Irfan bersuara perlahan. masih terkejut agaknya. " Iqa..I'm sorry.." Iqa berpaling, tersenyum sakit. dan terus pergi. kebisuan dan kedinginan Iqa selepas itu Irfan terima sebgai hukuman. dia sedar kerana selama ini, Iqa sering diabaikan. betul kata orang, hargai selagi masih ada. dalam diam, Irfan turut menangis.

Thursday, June 24, 2010

dia sweet - 3


ini kisah Laila.

  • masa sekolah dulu, saya dah lama jatuh hati pada awak. tapi awak tak akan pernah tahu. sebab awak tak pernah pun pandang saya. saya tahu saya banyak kekurangan. pendiam pula tu. saya selalu curi-curi pandang awak. tak malu kan?
  • awak bijak, jaguh sukan serta popular. haih, kenapa saya mesti minat pada seseorang macam awak? memang semua perempuan akan tertarik dengan orang macam awak ke? sebab saya selalu nampak awak dengan budak perempuan lain. bawah meja awak penuh kad dan hadiah. masa tu, saya yakin. saya cuma perlu pendamkan sahaja perasaan ini demi maruah diri.
  • tapi masa tu, saya tak sangka, saya terpilih untuk berganding dengan awak dalam projek Physic. perasaan saya masa tu, macam ni, WOWW! tapi saya control se-ayu yang boleh. macam tak rasa apa-apa. awak pandang saya, then senyum. ikhlas. masa tu, hati saya macam sedang ada pesta bunga api. tapi saya tak senyum pun kat awak. kenapa ek?
  • lepas tamat tugasan, saya gembira sebab awak masih sudi menegur saya walaupun saya hanya balas dengan senyuman. dan padan muka saya sebab kerana itu agaknya, awak mula dingin. takde dah teguran atau gurauan awak. paling cikai pun, awak senyum jek. tapi tu pun makin lama makin takde. ohh, perasaan saya masa tu, macam kelopak bunga kering yang gugur.
  • lama macam tu, sampai satu hari, kecoh seantereo sekolah, awak akan berpindah. sebab ikut family. saya diam je. saya tengok ramai yang pilih topik awak untuk dibincangkan. terutama pelajar perempuan. tapi saya diam je. walaupun hati saya dah banjir.
  • hari terakhir awak, awak jumpa saya. debar-debar tahu tak. awak senyum, sambil hulur buku amali Physic saya. baru saya ingat, lepas tugasan tu, saya tak jumpa buku tersebut. awak curi ke? tapi hati saya cakap, awak saje simpan. fuhh, serius hati saya jadi taman bunga dah. hehe.sebabkan da ada buku amali baru, saya simpan yang lama tu elok-elok. buka pun tak pernah. punya la syok sendiri.
  • lepas sekian lama, saya kini sudah pun bekerja, sebagai guru physic. entah macam mana, berlaku sedikit kekeliruan dalam amali, lalu saya teringat akan simpanan saya dulu. sedang leka menyelak helaian, saya terjumpa muka surat yang tulisan nya bukan milik saya, malah takde unsur physic pon butirannya.
  • "Laila, saya suka awak. walaupun awak dingin dengan saya, saya tetap suka awak seorang. nanti lepas saya berjaya, saya masuk meminang awak ok? awak tunggu saya boleh? saya serius tau! err, awak tertinggal buku ni hari tu. saya saja simpan, buat ubat rindu. hehe. maafkan saya ok..tunggu saya tau! Izrul Nazmi. "
  • saya tak tahu nak kata apa. kali ini saya betul-betul menangis. selepas 9 tahun, baru saya tahu, yang saya tak bertepuk sebelah tangan. dan tadi, ibu called, katanya, ada rombongan meminang untuk saya. saya berdebar. saya tanya ibu, siapa calon tersebut? ibu jawab, "Izrul Nazmi"
  • dan masa tu, saya jawab, "SETUJUU!"






sila abaikan : ekeke. gula tengah krisis. tak sweet sangat jadinya. haha!


auto-post at 24th june, 9.00 am.






Saturday, June 19, 2010

kisah negara WootWoot, pemimpin berjiwa rakyat.

hiasan. google. IStockphoto.

prakata.

WootWoot. negara yang aman makmur lagi harmoni. berbagai jenis alien hidup sepakat dan muafakat. negara yang dipimpin melalui perlembagaan King and The Family, serta menteri-menteri hebat yang bijak berkata-kata. negara WootWoot sedang pesat membangun. al maklum, baru bebas dari taklukan alien keji negara lain.

*****************************

namaku NyetNyet. seorang pekerja biasa di bawah kerajaan WootWoot. memperoleh gaji yang biasa juga. serta memandu kenderaan yang biasa. senang cerita, aku cuma alien biasa. aku bangga menjadi warganegara WootWoot tercinta. harmoni je. oh, lupa nak beritahu, aku dari spesies Muzzy. apa yang buat aku cintakan negara ni, sebab utama, pemimpin negara yang sangat berkaliber. baru beberapa tahun, negara dah makin maju. kata-kata mereka memang sangat boleh diguna pakai. sebab lain, kemuafakatan spesis-spesis alien. macam jiran aku, dia spisis Tinggy, sebelah pulak, Eppilipy. kami tak pernah bergaduh even jarang senyum antara satu sama lain. tapi bila tiba hari pemujaan spisis diorang, haa, ni yang best. selalu dapat makan free. hehe.

tapi, tahap salute aku pada pemimpin negara ni makin turun, sebab kejadian ini...

petang itu, aku baru pulang dari kerja. macam biasa la, peak hour. sesak teruk. tapi kali ni, sesak dia lain macam. macam kenderaan semput da semua orang. letih, bosan bercampur buat makin tertekan. hampir 2 jam tersangkut. berderet GujoGujo merentasi alur jalan. eh, lupa lagi, kenderaan kami bernama GujoGujo. okay sambung. ramai pemandu emosi. hon sana sini. yang terlanggar pun ada. yang rosak enjin sebab overheated tak payah cerita la. mereka yang tak sabar ambil jalan pintas tapi cetek fikiran. laluan kecemasan alur digunakan. mana lah letaknya minda alien-alien sekarang? aku cuma mampu kesal dan bersabar.

hairan, kesesakan ini sumpah serius. tak tahu apa puncanya. tiba-tiba terdengar siren penjaga keselamatan. ahh, lega. kemelut mungkin akan selesai. tapi hampeh hampa, bukan yang seperti yang diharapkan. rupanya, penjaga keselamatan itu sedang minta laluan untuk melepaskan beberapa GujoGujo terkini milik ahli dewan kepimpinan. malah mereka turut melalui alur kecemasan.

aku terdiam dan kesal. berjiwa rakyatkah? rakyat lain sedang menahan seksa berjam-jam tersangkut dalam kesesakan, tapi mereka? GujoGujo buruk yang terpaksa tersadai di tepian. tapi mereka? aku cuba positif. mungkin ada agenda penting yang harus dilakukan segera. cuma, pandangan aku sebagai alien WootWoot sejati terhadap mereka semakin menurun. pengkhianatkah aku?

***********************************************
language : Muzziesh.
translate by : syafi. ;p

*perhatian, cerita & watak tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

p/s : cuba jawab, dua soalan NyetNyet, berjiwa rakyatkah mereka? pengkhianatkah dia? (tak tahu kenapa tetiba entry serius. agaga)


sila abaikan : sape nak belaja bahasa Muzziesh, boleh daftar dekat syafi. hak3.

Tuesday, June 15, 2010

dia sweet - 2

ini kisah Ija.

hiasan.

  • 3 bulan dulu, pada petang itu, saya tengah siram bunga-bunga mak yang makin mekar. saya leka main air sambil nyanyi lagu seroja. walaupun saya tahu suara saya bukan sedap pun.
  • tiba-tiba saya dengar bunyi dentuman. saya terkejut. sebuah kereta comel dah langgar tembok pagar rumah. saya lari-lari nak tengok. saya nampak awak. awak garu-garu kepala sambil tengok kereta comel yang kemek kat depan.
  • saya tanya awak, awak tak apa-apa? awak pandang saya, serius. "ini rumah awak? bagus, sila bayar ganti rugi!" apakah? saya mula berang. awak yang langgar tembok rumah saya, kenapa saya yang kena bayar ganti rugi?
  • awak kata, sebab saya lah awak terbabas. saya tak faham, bukan saya kacau awak pun? kita mula bertekak. saya pada mula berlembut mula marah. tapi awak tetap bersahaja dan tuntut ganti rugi.
  • syukur, mak dan ayah datang. saya suruh awak cakap dengan mereka jek. nampak awak sedikit gelabah. padan muka!
  • tapi saya tak sangka, awak betul-betul berani. awak tuntut ganti rugi pada mak ayah saya sebab saya puncanya. ayah tenang sahaja. ayah tanya awak elok-elok, kenapa begitu?
  • awak senyum, " sebab leka tengok anak pak cik menyanyi, saya terbabas. jadi memang dia patut bertanggungjawab lah. tak banyak pun yang saya nak minta pak cik, cukuplah sekadar dia menjadi isteri saya yang sah.."
  • sekarang, saya adalah isteri awak. tadi selepas akad nikah, awak bisik pada saya, " Ija, terima kasih, dah lama saya jatuh cinta dengan awak, hari-hari saya lalu depan rumah awak. tapi awak tak pandang pun saya. hari tu, saya memang sengaja langgar tembok tu.."


sila abaikan : terus lamar, depan mak ayah pulak tu, sweet tak? huhu.

Monday, June 14, 2010

dia sweet - 1

drawn by me! okay, tau. macam haram sikit contengan ini.

  • pagi itu, saya siap cantik-cantik yang boleh. wangi-wangi sikit. awak tak bagi saya make-up. tapi saya buat jugak sikit-sikit. mungkin awak tak sedar, ini first date kita.

  • awak jemput saya kat rumah, awak salam mak dan ayah. sambil gosok kepala Didi. awak nampak gentleman dan penyayang. saya senyum saje.

  • kita pergi dengan Anas, Lily and Zaza. diorang kereta lain. saya tak kesah. janji dapat jumpa awak lepas 3 tahun kita berjauhan.

  • saya hairan, awak pandu slow sangat. 70 - 80 kekadang 60 kmph. kenapa? saya tegur, laju la sikit, sebab diorang dah jauh tinggalkan kita. awak senyum, awak jawab, takpelah, bukan jauh pun bandar tu, tak lari pun. okay, saya malas nak bertekak.

  • sepanjang perjalanan, awak tak habis-habis sakat saya. tak kering gusi saya. bandar memang tak jauh, tapi saya rasa jauh sangat. rasa banyak sangat yang kita bual. dan awak selalu pandang saya bila sempat. sambil senyum manis.

  • bila sampai, diorang marah-marah kita. sebab lambat sangat. Anas perli-perli kereta comel awak. saya tak back up pun awak. saya cakap awaklah punca lambat. saya biar diorang sound awak. padan muka!

  • tapi awak diam je. awak tersengih tak habis. bila semua da berhenti marah, awak baru bersuara. " sorry la, aku saje drive slow sikit, nak curi masa lama-lama sikit dengan Uya. bukan kami dapat jumpa selalu pun. lagipun, mall ni tak lari kan? hehe ".

  • awak senyum-senyum. diorang pun sama. tapi kenapa saya menitiskan air mata?



sila abaikan : lelaki ni pun sweet jugak kadang-kadang kan? hehe. ;p


Related Posts with Thumbnails