just nak membebel sikit. kerja bersepah gila lately. la ni, baru siap 3 design untuk non-woven bag and 3 poster. dari kul 1.00 pagi sampai kul 6. mak ai, rabak mata wehh. even aku bertemankan oleh nescafe sensasi dingin seperti yang tertera di atas. tapi macam tak membantu pun. haha.
dapat bertahan aku rasa maybe sebab semangat nak balik puasa kat rumah, tu yang duk pulun siapkan kerja part aku kan. hehe. jangan semua kene reject sudahhh! aku nangis sampai perlis banjir karang. huk.
tapi yang lagi sakit, sat lagi kul 8 nak gerak pegi Sik, Kedah. ada camp la pulakkkk! confirm 3 jam dalam bas aku bantai tidoq. haha.. camp 3 hari 2 malam. 'sayur' la aku. report kampung 1Malaysia pon tak siap lagi ni. dapat task last minit, siap last minit la. jangan salahkan aku bos! haha
Ibu masak untuk kita kat dapur seikhlas hati nurani, tapi kita tlg ke kedai beli ramuan masakan dengan upah, muka kelat, hati geram sebab potong line tengok nora elena. tak pun, dik cergas. tak pun, MUFC vs CHELSEA. even highlight jek. "ibu ikhlas, aku ikhlas ke?"
Abah kerja kuat siang malam mahu tengok anak-anak berjaya dunia akhirat, seikhlas hati tanpa merungut. tak jemu cari duit, nanti senang pegi cash deposit kat akaun anak, even malam-malam sekalipun. tapi kita suka-suki guna duit beli topup ambil berat bf/gf/scandals/adk-abg terangkat, tengok wayang, shopping-shopping, after dat, result tak seperti nilai duit abah. "abah ikhlas, aku ikhlas ke?"
kawan kata, our friendship is so true. diorang seikhlas boleh menjadi teman kala susah kala senang. duit pon sanggup sharing asalkan tak mati sebab lapar. even diorang tahu, kita bukan mampu bayar balik dalam masa singkat. tapi kita, kawan ajak teman sat pi pekan jumpa doktor, punya liat. berjuta alasan bagi sebab nak tidur, atau layan korea, atau sebenarnya malas. "kawan aku ikhlas, aku ikhlas ke?"
Cikgu-cikgu suma duk pulun cari bahan nak mengajar. dah la kena mengajar, kena marking test/exam yang.. err.. takpe lah. kena jadi coach sukan, kena buat line padang, kena buat kelas tambahan lagi, kadang-kadang cuti sabtu ahad pun lepak sekolah juga. tapi dek sayang anak murid, dan ikhlas galas tugas as guru. redah jer, janji anak-anak didik cemerlang. tapi kita? free-free je sepak terajang depa, kojaq dgn depa, pancit tayaq keta, kutuk umpat suma serbi la. pastu result? nasib baek bila cemerlang kena interview, ade terima kasih kat cikgu. yang tak sukses? cikgu la ni ajaq ntah macam mana ntah. syok sendiri, tau nak rotan, nak marah. "cikgu ikhlas, aku ikhlas ke?"
erm, tunggu part 2 la! haha. peace!
p/s : welcome to brader sista of UniMAP to be. grab da chance, or u'll regret it. trust me. :)
untuk pertama kalinya, aku beraya jauh dari sisi keluarga tercinta. Perth-negeri 9, jauh la kan? haha. perasaan? entah. berbaur-baur. takde perasaan pun ada. sayu pun ada. janggal pun ada. tapi, menangis tu, taklah. i'm strong bebeh! tapi kalau aidilfitri tu, tak tahu la, tu cerita lain. kehkehkeh.
pagi raya, lepas solat, balik bilik. tak tahu nak buat apa. finally, ber'poyo'an dengan rakan seperjuangan bergambar sakan. konon nak abadikan saat manis beraya diperantauan. haha.menu kami? oh so sad habaq hang. kek pandan, roti gardenia dan mushroom soup. sambil makan bayangkan rendang, ketupat serta lemang. huk.
tapi alhamdulillah, rezeki murah. member aku ajak kuar terjah umah member-member dia area-area sini. sampai ke arau nun kitorang terjah. rumah first, aku tak kenal pun tuan rumah, tapi mesra kan, kamcing dah sekarang. haha. menu nasi dagang. not bad. dulu aku tak suka, sekarang belasah jela kan. tempat orang. huhu.
rumah kedua pun aku tak kenal. tapi buat-buat macam kenal. hehe. rezeki dapat makan bihun soto pulak. terbaik kot. dah lama tak merasa makanan yang berunsurkan pedas. lepas kenyang, memasing mula la bergambar sakan kat bendang depan umah. bajet kat mana entah. haha. finally, rumah dila. sampai je terus cakap tak payah susah-susah. kami kenyang ni. tapi adat la, orang datang rumah kan. mesti hidang apa-apa jugak kan. dalam hati dah niat ni, takpe, aku jamah la sikit. kenyang sangat ni. mula-mula memang la cakap macam tu, elok ayah dia bawak masuk semangkuk besau sup tulang. fuhhh. terbukak terus selera habaq hang. yang tadi duk kata kenyang terus pulun macam tak pernah makan. haha. then, datang lagi bawak daging bakaq. memang tak mampu nak tolak la kan. haha.
so, jadi perantau, pandai-pandai la hidup. berbaik dengan orang setempat. jangan bodoh sombong. nanti hang jugak yang rugi. sekian.
classmate aku semua bijak. tak kira la, akademik ke, masak ke, tapi yang paling bijak, manipulating people. akal keji nak kenakan member-member yang lurus kalah bendul macam aku. huk. selain itu, mereka sangat bijak kalau bab-bab main game segala. dari game zuma, dinner dash ke, sampai lah game roda impian serta bingo.
aku ni pulak, jenis tak pandang game-game camtu (bajet budak bandar). nak jadi cerita, tengah tunggu lecturer masuk lambat, depa pakat main bingo. bising tak hengat la. tiba-tiba N ajak-ajak ayam join main. mula-mula aku tak nak. tapi setelah S yang memang kurang sensitivity dengan perasaan orang main aci redah cakap aku tak reti. aku terus setuju. tercabar beb. bingo je pun!
lepas siap lukis-lukis kekotak nombor. kami start main. sesungguhnya, bertahun jugak aku tak main benda ni. al-maklum, bajet busy, konon dewasa. lebih prefer sudoku dari bingo. hehe. nombor demi nombor disebut. aku makin excited. tibe-tibe baru masuk second round pilih nombor, aku dengan penuh bangga menjerit, "BINGO!" dan diikuti dengan "yes! yes!" serta ketawa penuh riak. terasa aku lah King sebab boleh kalahkan depa dengan begitu cepat.
tapi, biasalah manusia, mana nak puas hati dengan kesenangan orang lain. Q yang tak puas hati pon menarik kertas aku, dan..
"woi! ni baru B! apahal dah bingo??!! HAHAHA! kau reti main ke tak??"
dan semua peserta ketawa berdekah hingga hampir menitis air mata. tak kurang yang memerli aku dengan kehebatan aku bermain. dan aku? turut ketawa. menhilangkan rasa malu nak m*mp*s. lagi menyedihkan, tak mampu nak pertahankan diri even menuduh N yang tak ajar dari awal. sumpah malu weh! huk.
arakian, ingin saje aku bangun dan blah je dari kelas tersebut. tapi nasib baik kelas terakhir dalam semester ni. jadi aku padamkan hasrat. dan sengih-sengih tahan malu. sepanjang kelas berjalan, masih jelas aku dengar bebudak tu duk tahan-tahan gelak. kojaq btoi. tapi, nak salahkan sape? T_T
saya cute? ohh. i knew dat. go green!- istockphoto
petang itu, aku dan dia, yakni memberku merangkap classmateku tp for sure bukan soulmateku - mengalami krisis. krisis yang memang tak asing buat kalangan pelajar yang konon nya, letih belajar seharian. krisis kelaparan. lepas nekad dan berjaya mengenepikan kemalasan dek kelaparan lebih gila kuasa, kami keluar jugak dari sarang terkedek-kedek pegi carik makanan di tepian jalan susur masuk kolej kediaman yang indah.
okeh, habis mukadimah.
al-kisah, di hadapan ada lagi dua makhluk sekaum sedang berjalan dan yang pasti, terkedek mereka lagi meletop. kehkehkeh. si baju merah, aku tak heran. rambut lurus teknik rebonding siap highlight perang sikit. normal. (gila apa pegi usha orang dr belakang? siap komen lak tu. girls. haha). tapi si baju hitam tu aku tertarik sikit. jangan fikir bukan-bukan okeh. tertarik sebab, fesyen rambut mereka sama, tapi kaler berbeza. hijau beb! wow. berani. yakin. dan aku tahu keyakinan itu sexy. tambah lagi dia memang dah sexy. comel lak tu. dah macam Avril Lavaving pun ada. gojes bak kata member aku la.
pendek cerita, kebetulan kami menuju ke destinasi yang sama. kedai bakar-bakar. sementara tunggu order siap. aku dan member berdiri belakang sikit dari dua primadona tak siap tu (opss!). dalam mereka asyik tergedik sana-sini bersaksikan puluhan pasang mata terutama jantina opposite, aku dan member berpandangan dan tersenyum sinis lagi nakal.
aku : kawan aku, mms kot. jap, gambar pe lak minah ni bagi.
arakian gambar tersebut terpacul, terus,
aku : weh, haha. huduh gilak pompuan ni punya rambut, jadah ntah kaler ijo ni. dah macam shrek tak siap aku tengok!
dia : mane? mane? haha. giler. sayang. muka cun dah.. mane punya olang la ni..
aku : kehkehkeh. kejutan budaya kot, tak pernah jumpa kaler. haha
dia : hadoi, sedih la. kau tak sedih?
aku : apahal nak sedih?
dia : kaum sejenis kita ngek! sebangsa seagama tuuuu!
aku : aah lah. tapi biarlah, kubuq masing-masing kan. urusan dia dengan Tuhan la.
dia : tula ang. jumud betoi pale otak. kalau kita tak tegoq, apa guna kita jadi khalifah kat bumi ni? haila..
aku : betoi la tu. tapi depa nak ka dengaq cakap kita? mesti depa jawab 'aku punya pasal la! yang kau sebok apahal??' ha, kau nak jawab ape?
minah depan kitorang tu, sure-sure dah berapi. nampak kot aura serta ion-ion negatif kat sekeliling. kehkehkeh..
si rambut ijo : excuse me, korang bercakap pasal i ke? WTFish! ape korang ingat korang pakai tudung macam ni dah cukup baik ke? hey, sedar diri la! pahala tu dah banyak sangat ke nak sebok dengan hidup orang ni? kalau baik sangat pergi duduk surau tu mengaji la! &*^%*#@!!
dia : eh, hello. excuse me miss. awat ang duk trasa ni? kami duk cerita pasai gambaq dalam iphone 4 ni. perasan la haih!
jeng jeng jeng. puluhan pasang mata memang dah fokus kat kitorang.
si rambut ijo : ahh. sudahlah! ingat i bodoh sangat? i tau la u all tengah kutuk i kan? pegi m*mp*s la dengan iphone 4 u! ingat k, life i u all tak payah sebok la, jaga kain u all sendri je sudah. pahala dah banyak ke?? weh, panas la aku!
aku : ni apahal duk terasa ni? gelabah ayam btoi. u dengar sini k. sebagai kaum sejenis, aku nak habaq. aku adore rambut kau. srius cantek. tapi kat neraka nanti semua terbakar la. sayang jek. ni kalau kau dah kawen, sure laki kau bangga. tapi tak kesian kat laki kau ke? tak pasal kena tanggung dosa sebab dayus bagi orang lain tengok aurat kau. nanti lau anak kau yang baru balik sekolah tanya, mama, kan rambut tu aurat, nape mama tak tutup? kau nak jawab apa? beb, kitorang ni memang tau amal kitorang tak banyak mana. dats why la kitorang duk bercakap dengan kau ni. dapat tambah pahala. terima kasih ek.
dia : eh, makanan dah siap. rm10 kan mak cik. terima kasih.
aku : dah siap ek, okeh. tu jela aku nak cakap. yang lain kau fikir lah sendiri. dah besau. sebelum tu, ni gambaq orang yang kami duk bincang. *tunjuk sepintas lalu, selaju yg boleh*
dan sesungguhnya, memang gambar minah tersebut. sebab mana ade orang mms, kitorang snap jek. kehkehkeh.
dengan selamba, aku dan dia blah macam takde ape berlaku. dari kejauhan terdengar si gadis menjerit;
"woi perempuan!!"
aku dan dia senyum jek. cuak campur best. bukan selalu carik pasai kan? hahaha. dan speed kami berjalan kian laju setiap saat. berani-berani takut gitu.
***********************************
fuhh! dan hakikatnya, kitorang hanya berdiri diam-diam kat belakang mereka. dialog di atas cuma imaginasi aku yang meliar ketika itu sahaja termasuk la penggunaan iphone 4 tersebut. tertipu? okeh, sila maki. kehkehkeh.
tapi honestly. aku memang rasa nak tegur. tapi normal la orang melayu. mana boleh kena usik. nanti melatah tak tentu pasal. huhu. last-last, aku yang amal tak berapa nak banyak ni, selemah-lemah iman, hanya mampu membenci dalam hati jelaa. huk.
okeh, mintak ampun jika terkasar bahasa. chill! no offense ok?
persoalan ni. betul ke jiwa engineer tak masuk dengan sastera or seni. seni tu, more to seni halus la. bukan seni lagu. lagu memang semua ok jek. engineer kat luar tu, or engineer to be pun ok, sila jawab boleh?
tapi serius, aku memang minat dengan dunia sastera dan seni. tak salah kan? beautiful what these world. best tau maen kias-kias, nak-nak time sound orang. kan berlapik, takdelah dia terasa sampai nak bunuh diri. haha. tapi suka bab kiasan jela. pantun-pantun seloka kejadah tu takdelah minat sangat. kehkehkeh
tapi rasanya, seni still can blend dalam jiwa engineer. sebab sometimes, aku rasa formula tu pun satu seni apa. haha. kreatif dan smart. seni takdelah tertumpu pada lukisan je kan. it is a big world. bukti nya sekarang ramai je yang minat dengan photography. siap jadikan side income lagi. kalah budak-budak yang memang degree in photography.
aku pun tak tahu nape buat entry ni. macam takde point sangat. hehe. maybe tadi seorang member aku ni chat kat fesbuk, "jangan la kias-kias, tak faham aku!". patut la senior-senior cakap, BM Uni boleh tahan susah. mula-mula tak faham, sebab aku belajar okeh je, takdelah susah mana. sama macam kat sekolah jela kan. rupanya, mind set dan jiwa. hehe
memang tragik. elok-elok pergi kursus 5 hari 5 malam kat Penang, balik Perlis redah air. dari dalam bas yg bergerak syahdu, sayu hati tengok kiri kanan orang kampung duk letak barang-barang berharga kat tempat tinggi. seriously, first time aku experience banjir. lagi sadis, tempat penempatan sementara pun air sekeliling. dah macam pulau. huhu.
belum kangar lagi ni.
alhamdulillah, tersuntik rasa syukur dan insaf dalam hati. memang Allah nak uji sekali sekala. syukur jugak hostel Wang Ulu atas bukit. boleh la stay dengan selamat and focus study for final exam. tapi, sebabkan dah terputus hubungan dengan jalan kat luar, semua students pakat makan kat dalam, mana nak cukup kan? koperasi yg sentiasa full dengan makanan pon tiba-tiba kosong. haha. waima biskut kering cap ping pong.
hati mula dah tak sedap. mula-mula air nak dipotong. then announce pulak elektrik pun nak dipotong. internet lagi lah takde. makanan pun nak kena rebut. yang best, ngadu kat ibu, beliau suruh pulang. haha. maka, pulang lah aku ke desa. adventure nya balik kg this time, kami jelah yg tahu. nak keluar dari hostel kena naik lori hantu angkut tar. Ya Rabbi, feeling nya, Dia jek yang tahu. hehe. lori redah banjir slow motion jek. hamek kau, perlis yang penuh sawah padi dah macam lautan.
dulu ni sawah okeh. *bayang kitorang atas lori*
tersenyum tengok budak-budak duk main terjun tiruk dari beranda rumah. pak cik mak cik lambai-lambai macam kitorang perajurit negara. padahal lari dari masalah. huhuhu. tapi yang best UniMAP ni, terbaik je sediakn bas ke KL 3 bijik free of charges untuk students. ke Penang 2 bijik kot, Alor Star tak terkira lak berapa. tambang aku balik Tampin, dari 50++ jadi rm11. bersyukur gila okeh. sebab ujung-ujung sem ni, memang lah pokai kan. hehe. survivor-survivor yang stay pulak, dapat duet pampasan and makanan free. nak 'kondem' universiti lagi ke kawan-kawan?
tapi yang bikin panas, elektrik air semua still ada, hanya PROPAGANDA mpkk nak suruh students pakat balik. ceh! tertipu jugak aku...
apa-apa pun, sentiasa lah bersyukur, dan tak perlu mencari yang terlalu sempurna.
4 Julai 2010, berduyun beriban la budak baru lepasan SPM, STPM serta matrikulasi yang memilih atau terpilih kebanyakannya, ke Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). syafi bertugas sebagai Ketua Biro Sambutan. ingat senang je keje, yelah masa 1st day cuma kena sambut budak and the most crucial, sambut DYTM Raja Muda Perlis. fuhh. cuak gak tu. 'slek' sikit bolah kena maki tu.. huu.. tapi, bila masuk je slot-slot ceramah bagai, amek, tak cukup tanah berkejar susun anak-anak buah untuk sambut or usher VVIP serta VIP. dush!
nevertheless, pengalaman jadi fasilitator atau kat UniMAP ni, lebih dikenali sebagai PPMS memang serius berharga. best gila even penat plus tension sikit-sikit. huu. syafi malas nak cerita panjang, biar gambar jer yang story-story. ehehe.
GBS - Gang Biro Sambutan.
dinner wif Vice Canselor.
first day. pagar PPK Mekatronik.
malam kemuncak, syafi pulak terpaksa jadi usher. cis!
banyak lagi gegambar. MSK seminggu tak sampai, gambar kami je beribu.. tapi tak larat nak upload semua. ini pun dah mengantuk. penat tak hilang lagi. nasihat saya, jangan teragak nak join aktiviti macam ni. hehe. :)
AMARAN : kindly aware that this blog owner is kinda LOVE to dream. about life. about anything. normally, lepas berangan sorang-sorang, she will typing those hanky-panky sweet sour stories. but please keep in mind, the stories are surely not her own life timeline, but only her imagination. kadang-kadang, dia suka tulis opinion dia pasal sesuatu isu. jarang update, remind awal-awal. neway, enjoy reading!