Friday, November 19, 2010

hello perantau!


macam dah basi, tapi tak kira nak jugak. hehe.


aidiladha di perantauan.


untuk pertama kalinya, aku beraya jauh dari sisi keluarga tercinta. Perth-nege
ri 9, jauh la kan? haha. perasaan? entah. berbaur-baur. takde perasaan pun ada. sayu pun ada. janggal pun ada. tapi, menangis tu, taklah. i'm strong bebeh! tapi kalau aidilfitri tu, tak tahu la, tu cerita lain. kehkehkeh.

pagi raya, lepas solat, balik bilik. tak tahu nak buat apa. finally, ber'poyo'an dengan rakan seperjuangan bergambar sakan. konon nak abadikan saat manis beraya diperantauan. haha. menu kami? oh so sad habaq hang. kek pandan, roti gardenia dan mushroom soup. sambil makan bayangkan rendang, ketupat serta lemang. huk.


tapi alhamdulillah, rezeki murah. member aku ajak kuar terj
ah umah member-member dia area-area sini. sampai ke arau nun kitorang terjah. rumah first, aku tak kenal pun tuan rumah, tapi mesra kan, kamcing dah sekarang. haha. menu nasi dagang. not bad. dulu aku tak suka, sekarang belasah jela kan. tempat orang. huhu.

rumah kedua pun aku tak kenal. tapi buat-buat macam kenal. hehe. rezeki dapat makan bihun soto pulak. terbaik kot. dah lama tak merasa makanan yang berunsurkan pedas. lepas kenyang, memasing mula la bergambar sakan kat bendang depan umah. bajet kat mana entah. haha.


finally, rumah dila. sampai je terus cakap tak payah susah-susah. kami kenyang
ni. tapi adat la, orang datang rumah kan. mesti hidang apa-apa jugak kan. dalam hati dah niat ni, takpe, aku jamah la sikit. kenyang sangat ni. mula-mula memang la cakap macam tu, elok ayah dia bawak masuk semangkuk besau sup tulang. fuhhh. terbukak terus selera habaq hang. yang tadi duk kata kenyang terus pulun macam tak pernah makan. haha. then, datang lagi bawak daging bakaq. memang tak mampu nak tolak la kan. haha.

so, jadi perantau, pandai-pandai la hidup. berbaik dengan orang setempat. jangan bodoh sombong. nanti hang jugak yang rugi. sekian.

2 comments:

Encik Tikus said...

salam aidiladha yea =D

syafi said...

hee. same goes to u. :)

Related Posts with Thumbnails