Tuesday, November 9, 2010

mentaliti cabuk?


mungkin agak serius ni. tapi takpe, sampai bila nak hidup dalam kesenangan jek kan, tanpa mahu berfikir tentang hal-hal yang serius. dek kerana terlalu leka dan bersenang-senang la kita tak perasan musuh yang datang dengan penuh mesra. kelak, kalau tiada negara untuk didiami, air mata darah pun can't go la der!

sekarang ni, perasan tak, kita sering dihidangkan dengan pelbagai isu yang penuh kontroversi. dan setiap kali itu jugak lah, kita-kita ini akan melenting melatah tak tentu hala. mengamuk sakan, mengutuk bagai. natijahnya, tak kemana pun. hanya jadi bahan tertawa musuh. mana tak, setiap isu kita telan bulat-bulat. betul atau tak, kita tak fikir. maen aci redah je kalau nak protes pun.

fakta entah ke mana, propaganda jugak yang diterima. paling sedih, mahasiswa yang inteleknya tinggi pon tiba-tiba macam cetek ilmu. kenapa tidak analisa dulu isu itu? kenapa tak lakar dulu pros and cons. dan sebagai ahli ilmu, mengapa tidak ketengahkan idea baru? ini tak, benda terang-terang salah, kita backup mati-matian. berparlimen di tepian jalan.

aku pun bukan lah kaya sangat dengan ilmu. kadang-kadang rasa tak layak pun nak bersuara. cuma cetusan rasa, yang sekian lama menjadi pemerhati senyap. cewah. tapi kalau fikir balik, adak
ah hanya kerana seseorang itu tak waras, fakta sains yang dikatakan kita tolak mentah-mentah?


rasanya, cukup-cukup lah kan kita berfikiran macam ni. its time for changes. sampai bila kita nak terus ditertawakan? dipersenda dengan cara paling mesra oleh musuh. sampai kita sendiri kabur. mentaliti kita harus digara
p semula. kita tak perlu terus hanya merajai jalan raya, memenuhi pusat pemulihan, menjadi ahli sekolah hamil, bersengketa hanya kerana isu yang remeh sampai berbunuhan. sudah tiba kita jadi kuat dengan ILMU. sebab dengan ilmu, baru kita tak dilabel sebagai genetik low class.

jika dunia sekarang penuh dengan korupsi, konspirasi dan sebagainya, kita lah yang kena bangkit mengubah nya bukan? buka mata sedikit, renungkan apa muslihat yang sedang berlaku sekarang. jangan terus leka dengan isu-isu lekeh yang tak lebih sebagai wadah musuh untuk porak perandakan kita-kita. bayangkan, jika sekarang kita syok jek nak pergi mana-mana tanpa gangguan, nak lepak, tengok wayang, dating, beriadah bagai, tapi tiba-tiba nanti semua itu terbatas dek berada dalam pemerintahan yang salah. siap nak main xbox pun tak aman. boleh bayang?

siapa yang lupa sejarah, pasti akan mengulanginya. kan? eh, dah kelaut mana ntah aku ni. haha. aku tak berkempen untuk parti politik. tapi aku cuba cetuskan buah fikiran jek. agak-agak entry ni salah tak di sisi undang-undang? huhu. kalau ada yang tak betul perbetulkan lah ok. budak muda yg mentah je aku ni.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails