Sunday, November 14, 2010

alahai, BINGO je pun.



classmate aku semua bijak. tak kira la, akademik ke, masak ke, tapi yang paling bijak, manipulating people. akal keji nak kenakan member-member yang lurus kalah bendul macam aku. huk. selain itu, mereka sangat bijak kalau bab-bab main game segala. dari game zuma, dinner dash ke, sampai lah game roda impian serta bingo.


aku ni pulak, jenis tak pandang game-game camtu (bajet budak bandar). nak jadi cerita, tengah tunggu lecturer masuk lambat, depa pakat main bingo. bising tak hengat la. tiba-tiba N ajak-ajak ayam join main. mula-mula aku tak nak. tapi setelah S yang memang kurang sensitivity dengan perasaan orang main aci redah cakap aku tak reti. aku terus setuju. tercabar beb. bingo je pun!

lepas siap lukis-lukis kekotak nombor. kami start main. sesungguhnya, bertahun jugak aku tak main benda ni. al-maklum, bajet busy, konon dewasa. lebih prefer sudoku dari bingo. hehe. nombor demi nombor disebut. aku makin excited. tibe-tibe baru masuk second round pilih nombor, aku dengan penuh bangga menjerit, "BINGO!" dan diikuti dengan "yes! yes!" serta ketawa penuh riak. terasa aku lah King sebab boleh kalahkan depa dengan begitu cepat.

tapi, biasalah manusia, mana nak puas hati dengan kesenangan orang lain. Q yang tak puas hati pon menarik kertas aku, dan..


"woi! ni baru B! apahal dah bingo??!! HAHAHA! kau reti main ke tak??"

dan semua peserta ketawa berdekah hingga hampir menitis air mata. tak kurang yang memerli aku dengan kehebatan aku bermain. dan aku? turut ketawa. menhilangkan rasa malu nak m*mp*s. lagi menyedihkan, tak mampu nak pertahankan diri even menuduh N yang tak ajar dari awal. sumpah malu weh! huk.


arakian, ingin saje aku bangun dan blah je dari kelas tersebut. tapi nasib baik kelas terakhir dalam semester ni. jadi aku padamkan hasrat. dan sengih-sengih tahan malu. sepanjang kelas berjalan, masih jelas aku dengar bebudak tu duk tahan-tahan gelak. kojaq btoi. tapi, nak salahkan sape? T_T


jangan belagak, jangan ego, jangan sombong bodoh. tak tahu tanya. sekian.


3 comments:

+akufobia+ said...

pengajaran untuk diri sendiri.haha.takpe.lain kali pula gelak kan orang lain.ngaa.

syafi said...

haha. tu la. mmg akn daku ingat smpai bebile. huhu

neuron_error said...

adoi la bingo pon x reti..
payah2!

Related Posts with Thumbnails