Thursday, November 25, 2010

tiga boyfriends.


  • bagai pungguk rindukan bulan. memang macam tu lah aku sekarang. rindu gila!
  • even yang pertama itu, dahulukala pernah aku caci maki. aku herdik hina. sebab suka sakitkan hati aku. suka suki angkat tangan. penyepak penumbuk tak payah cerita la kan. tapi, aku tetap sayang. sayang giler.
  • yang kedua? lagi sayang. orang cakap muka kami seiras. tapi dia handsome. tak kan lah.. dia ni baik sangat. pandai lagi. berkepimpinan. tak kedekut pulak tu. malas macam mana pun, bila mintak tolong mesti buat. even makan masa.
  • seterusnya, yang terakhir. setakat inilah. haha. boleh dapat title, jejaka HOT semalaya. kacak, style bergaya. bangga aku. kalau jalan berdua semua tengok. tapi tengok dia la. bukan aku. dia ni, manja, bijak, even panas baran. even kuat merajuk. serius. kuat merajuk. tapi tetap sayang weh!
  • yang pertama, Qistan Nurhadi. yang kedua, Ahmad Zhafri. dan ketiga, Muhammad Arif. tiga jejaka yang bertakhta dalam hati. yang aku sayang ketat-ketat. walaupun kamu semua kuat membuli aku, tapi aku tau.. dalam hati kamu semua sayang aku. hehe.
  • yang pertama tu, the only abang. masa kecik, ya Rabbi perangai. kalah setan. nama pun da dekat-dekat. kehkehkeh. kalau gaduh, pehh. macam masuk WWF dah. sampai mak aku confius, aku lelaki ke perempuan. hahaha. aku ingat lagi along, masa aku kecik lagi, kau peluk aku tak nak lepas kan? takut je orang lain ambik adik kau yang satu ni. bukti? ada gambar ibu simpan. macam tak percaya. terbahak aku gelak. tapi tulah kau, ego. sampai hati kau koyak gambar tu.. tapi, takpe. sekarang along tetap terbaik. walau tak se'caring' abang orang lain. kau tetap yang terbaik bagi aku.
  • Zhafri. kamu memang adik yang baik. serius. paling rajin dalam family tapi selepas aku la. haha. terima kasih tau, akak tak pernah ucap kan? terima kasih sebab selalu tolong akak. even kamu tengah tidur sekalipun. kadang-kadang akak tengah menggila layan perasaan pun kamu layan je kan? akak sayang kamu.
  • si kecik. Arif. kamu memang pelik. kalau orang putih cakap, kau kambing biri-biri hitam. hehe. mungkin sebab kamu yang paling bongsu. terlebih manja agaknya. degil bukan main. tapi, dalam degil pun, kamu masih hormat kami yang lebih tua. degil-degil pun, kat riba akak jugak kamu baring dan suruh korek telinga kan? ohh. i miss that.
  • aku jarang express aku sayang tiga bf aku ni. tak boleh bayang kalau diorang tahu. ni pun sebab yakin diorang tak bukak blog kecilan ni. hehe. air dicincang tak akan putus kan? hargai keluarga anda. dekati mereka, nanti you will see the best part of them. sekian.
Qistan. Zhafri. Arif.

*sumpa rindu mereka.
**lepas ni agak-agak jadi 4 tak ek? HAHA.

3 comments:

nora ariella said...

aku,aku!
nak no 4!
thihii.
sayang ko!

mier@merr said...

alala...sweetnye 3 hero dia..

zikeryhassan said...

ingat pasang tiga td.

Related Posts with Thumbnails