Saturday, June 19, 2010

kisah negara WootWoot, pemimpin berjiwa rakyat.

hiasan. google. IStockphoto.

prakata.

WootWoot. negara yang aman makmur lagi harmoni. berbagai jenis alien hidup sepakat dan muafakat. negara yang dipimpin melalui perlembagaan King and The Family, serta menteri-menteri hebat yang bijak berkata-kata. negara WootWoot sedang pesat membangun. al maklum, baru bebas dari taklukan alien keji negara lain.

*****************************

namaku NyetNyet. seorang pekerja biasa di bawah kerajaan WootWoot. memperoleh gaji yang biasa juga. serta memandu kenderaan yang biasa. senang cerita, aku cuma alien biasa. aku bangga menjadi warganegara WootWoot tercinta. harmoni je. oh, lupa nak beritahu, aku dari spesies Muzzy. apa yang buat aku cintakan negara ni, sebab utama, pemimpin negara yang sangat berkaliber. baru beberapa tahun, negara dah makin maju. kata-kata mereka memang sangat boleh diguna pakai. sebab lain, kemuafakatan spesis-spesis alien. macam jiran aku, dia spisis Tinggy, sebelah pulak, Eppilipy. kami tak pernah bergaduh even jarang senyum antara satu sama lain. tapi bila tiba hari pemujaan spisis diorang, haa, ni yang best. selalu dapat makan free. hehe.

tapi, tahap salute aku pada pemimpin negara ni makin turun, sebab kejadian ini...

petang itu, aku baru pulang dari kerja. macam biasa la, peak hour. sesak teruk. tapi kali ni, sesak dia lain macam. macam kenderaan semput da semua orang. letih, bosan bercampur buat makin tertekan. hampir 2 jam tersangkut. berderet GujoGujo merentasi alur jalan. eh, lupa lagi, kenderaan kami bernama GujoGujo. okay sambung. ramai pemandu emosi. hon sana sini. yang terlanggar pun ada. yang rosak enjin sebab overheated tak payah cerita la. mereka yang tak sabar ambil jalan pintas tapi cetek fikiran. laluan kecemasan alur digunakan. mana lah letaknya minda alien-alien sekarang? aku cuma mampu kesal dan bersabar.

hairan, kesesakan ini sumpah serius. tak tahu apa puncanya. tiba-tiba terdengar siren penjaga keselamatan. ahh, lega. kemelut mungkin akan selesai. tapi hampeh hampa, bukan yang seperti yang diharapkan. rupanya, penjaga keselamatan itu sedang minta laluan untuk melepaskan beberapa GujoGujo terkini milik ahli dewan kepimpinan. malah mereka turut melalui alur kecemasan.

aku terdiam dan kesal. berjiwa rakyatkah? rakyat lain sedang menahan seksa berjam-jam tersangkut dalam kesesakan, tapi mereka? GujoGujo buruk yang terpaksa tersadai di tepian. tapi mereka? aku cuba positif. mungkin ada agenda penting yang harus dilakukan segera. cuma, pandangan aku sebagai alien WootWoot sejati terhadap mereka semakin menurun. pengkhianatkah aku?

***********************************************
language : Muzziesh.
translate by : syafi. ;p

*perhatian, cerita & watak tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.

p/s : cuba jawab, dua soalan NyetNyet, berjiwa rakyatkah mereka? pengkhianatkah dia? (tak tahu kenapa tetiba entry serius. agaga)


sila abaikan : sape nak belaja bahasa Muzziesh, boleh daftar dekat syafi. hak3.

10 comments:

econpolics said...

gila penuh makna entry nie,,,

kalo baca tarat tu je,,mmg x paham,,

kene baca slow n staedy,,

orait2,,saya jwab soalan...

think +ve,,

org umah nak bersalin agaknya...

think -ve,,

memang tarak pakai nye pemimpin,,kekeke

epalmanis said...

bro lokman - ekeke.. bini nak brsalin agaknye.. ahaha..

terokai seni said...

haaa rakyat didulukan kunun, time sesak, menenong trafik halau kita ke tepi sebab dorang nak lalu... pi raaa

epalmanis said...

cemomoi - ekeke. relax2. xde kene mngene dgn yg idop or yg da xde. peace! :)

Unknown said...

LIKE berjuta2 kali

fndrocka said...

terlalu ringkas..mesti ada sesuatu yang perlu kita teliti untuk lebih memahami bukan menghakimi

Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

Zulfahmi said...

Haha,negara wootwoot...mane la dpt name pelik2 tu

epalmanis said...

ana - haha. trimas!

fndrocka - huhu. yeahh. btol la tu. org kan mmg cepat melatah tanpa mahu memahami. kan?

fami - haha. akak memang kuat berfantasi. ekeke.. :)

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

entry penuh makne tersirat dan tersurat..ahli lembaga parlimen yang terasa sensitip dan pengikut serta pengutuk tegar sila jangan mengamuk...hahaha

epalmanis said...

cik aida - hehe. sekadar sudut pandangan. hehe.. betol2. jgn mngamuk. hee

Related Posts with Thumbnails