Friday, November 11, 2011

i'm alive, but losing all my drives.

giler. lama. siyes lama tak bukak blog ni. giler. entah ada entah tidak org yg sudi baca blog picisan ni. aku tak hilang mana pun. cuma sibuk entah hape-hape and keadaan kelajuan internet hostel yg agak menguciwakan. yg memang cukup-cukup makan untuk carik bahan lab reports yang tak henti-henti dan mukabuku yang entah la nk describe camne. heh.

story? banyak. siyes. banyak sangat cerita dalam 2 bulan lebih ni. gelak terbahak, ketawa malu, nangis bagai nak rak, nagis terharu, semua ada. complete set. nak cerita one by one? tak payah la. sesungguhnya, nak buat lab report pun aku malas sekarang ni. haha.

tajuk kemain gempak kan. nak speaking londong jek. tapi ekceli la kan. frankly speaking, aku rasa macam tula. hidup, tapi macam tak hidup. dalam keramaian, tapi terasa macam sorang-sorang. rimas tau tak. aish.

sebab apa? ENTAH.
and that's the most problematic me! mencikkkkk


P/S : sampai ketemu di next entry. adios.

Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran untuk semua :)


Thursday, August 11, 2011

my advice, tak payah berskandal laa..

*tak senonoh pulak gambo time puasa-puasa nih. maappppp! ;p


Salam Ramadhan al-Mubarak.

lama dah kot rasenye tak menaip panjang lebar. asyik ww jek. sonang! haha. la ni nak membebel panjang sikit. sinis ke tak, tu aku punya pasal lah kan. ekceli aku tak tau nak start tang mana nih. lagu mana nak bukak bicara. cewah. tapi baca tajuk aku assume hangpa suma tau dah la nohh. hehe

macam suma orang tau, cinta dan kasih sayang itu fitrah. kurniaan Ilahi yang indah. macam-macam gaya, cara dan pe'el manusia menzahirkan rasa sayang menyayang masing-masing. ada yang suci murni tulus ikhlas, ada yg penuh nafsu maksiat, tak kurang juga dianggap permainan suka-suki enjoyable muda mudi. TAPI, apa yang aku nak fokus kat sini, mengenai skandal/kawan baek gila/teman tapi mesra etc. sebab kalau couple ni, takdehal sangat, walaupun takde istilah tu dalam Islam, tapi pandai-pandai lah kau jaga adab dan syariat. tunang and kahwin, tu takyah cite la. takde pengalaman lagipun. haha

why on earth nak skandal/kawan baek gila/teman tapi mesra etc. ??

Wednesday, August 10, 2011

#5- wordless wednesday, kesibukan.



Wednesday, August 3, 2011

#4- wordless wednesday, derita anak terbuang.


Sunday, July 31, 2011

muhasabah cinta, surat dari seorang yg berdosa.


sempena Ramadhan ni, moh ler kita pakat-pakat muhasabah diri, jauhkan dari kemungkaran, dekatkan dengan kebaikan. apa pun yang kita dah buat, bakal buat atau terasa macam nak buat, kita fikir dulu, wajar ke tak, baik ke tak, buruk ke tak. nanti menyesal, air mata darah pun tak guna.

Friday, July 29, 2011

jgn berubah please!


budak yakuza tu dah berubah. dia yang pernah petik gitar nyanyi lagu Sejiwa by Spring kat aku tu dah berubah. dia yang caring dulu dah berubah. sekarang yakuza tu macam yakuza betul dah. ayat nak dingin jek. suara nak stone jek. kalau iye pon aku salah, jangan lah hukum macam ni sekali.

Thursday, July 28, 2011

#2- spontaneous thursday, tanah tumpah darahku,


GO HARIMAU MALAYA!!
WITH PRAYS, WE SUPPORT YOU!
MAY ALLAH BLESS US!
AUMMMMMM~!!




*tadi pegi padang besaq, jersi banyak wOo~

Wednesday, July 27, 2011

#3 - WW, gambar dan lagu

Sunday, July 24, 2011

nescafe sensasi dingin, photoshop & camp??


just nak membebel sikit. kerja bersepah gila lately. la ni, baru siap 3 design untuk non-woven bag and 3 poster. dari kul 1.00 pagi sampai kul 6. mak ai, rabak mata wehh. even aku bertemankan oleh nescafe sensasi dingin seperti yang tertera di atas. tapi macam tak membantu pun. haha.

dapat bertahan aku rasa maybe sebab semangat nak balik puasa kat rumah, tu yang duk pulun siapkan kerja part aku kan. hehe. jangan semua kene reject sudahhh! aku nangis sampai perlis banjir karang. huk.

tapi yang lagi sakit, sat lagi kul 8 nak gerak pegi Sik, Kedah. ada camp la pulakkkk! confirm 3 jam dalam bas aku bantai tidoq. haha.. camp 3 hari 2 malam. 'sayur' la aku. report kampung 1Malaysia pon tak siap lagi ni. dapat task last minit, siap last minit la. jangan salahkan aku bos! haha

okeh bye! bag tak kemas lagi, haha.




Thursday, July 21, 2011

spontaneously thursday


tolong bagi aku idea nak design trademark festkon6 !!






*arghh,stress,stressssssss

andai hati ada screen, kau sure nampak isinya.


  • "mia, mai kolej aku sat weh, barang hang da sampai ni. mai noh!". aiseh, time-time ni jugak la kau nak suruh aku datang zaty oi. takpe lah, malas-malas pon, aku redah jelah. rembat sweater, tudung express, kunci keta. jom!
  • kolej kediaman gajus. hehs. takde nama lagi indah ke ape? haha. stock barang untuk program peoples' talk dah sampai. nak tak nak kena ambik, sebab esok dah nak set up hall. "lain kali kan zaty, msg la aku kul 2 pagi ke, 4 pagi ke..lepas subuh laaagiiiii afdal". "hehe,jangan la menusuk sangat perli tu pun. ekeke". "takpelah, aku gerak dulu, thanks by the way! "
  • alahai, jauh pulak la parking keta pun. nasib baek kat depan tu meriah. mana tak, gerai macam tak siap tapi ada astro. elok-elok pulak tengah liverpool vs harimau malaya. meriah beb meriah. tp aku nampak merah je sume. biasalah.. "eh, mia!". pulak, sape yang baik sangat tegur ni. " oh, kau taqhif, hehe". "ape sengih-sengih. mai la sat, lama dowh tak borak dengan kau". gila ape, da kul 11 lebih da ni. xpelah, basa-basi jela, kang kate sombong pulak.
  • sedap je aku langkah masuk gerai tu, elok je mata aku landing kat meja sudut yang agak tersorok tapi ak still nampak. oh, hazry.. dengan awek cun. tak perasan la pulak si taqhif ni duk perhati aku. "mia, kau ok tak? sory la, we all bukan nak rahsia, tapi tak sampai hati nak bagitau kau.. kitorang pun surprised gak, nampak kau dengan hazry before ni macam loving couple, but..". "haha, ok jek aku. weh ok lah, lewat da ni, aku gerak dulu la ye, bye!".
  • saat itu, hazry ternampak la pulak aku. aku sempat sengih jek kat dia sebelum blah. sampai kat keta, "mia kejap!". ape hazry nak ni? "mia, sorry.. saya, sa..saya..". "eheh, takde apelah awk, cun seyh awek. awat tak habaq awai-awai? hehe". "mia awk tak marah? but..?". aku senyum, "yes, saya ngaku, i'm jealous. sangat. but then, saya tak boleh nak marah pun. sebab saya bukan siapa-siapa kan, cuma kawan baik awak..dah la,saya mintak diri dulu, bye". pastu aku terus masuk keta. reversed, and blah.
  • but hazry, kalau hati ade pancaran screen live, kau sure nampak apa isi hati aku kan? oi mia, what's with these tears?!

Wednesday, July 20, 2011

arghh,aku tak kira!


tak kira. nak jugak. nak jugakkk! walau ape pon terjadi, aku nak jugak. tak kira! nak jugak buat kek ni!

courtesy by : mdm sizuka. :)

tak kira, resepi dah ada. materials dah cukup. demi cita-cita dan kecintaan terhadap dunia kek, aku nak buat jugak. cuma masa je belum mengizinkan lagi. tak lama lagi nak Ramadhan. boleh balik rumah kejap. so, kitchen and oven, get ready! muahaha!


#2 - wordless wednesday; beach soccer event.gambatte!

Tuesday, July 19, 2011

kau ikhlas, tp aku ikhlas ke?


  1. Ibu masak untuk kita kat dapur seikhlas hati nurani, tapi kita tlg ke kedai beli ramuan masakan dengan upah, muka kelat, hati geram sebab potong line tengok nora elena. tak pun, dik cergas. tak pun, MUFC vs CHELSEA. even highlight jek.
    "ibu ikhlas, aku ikhlas ke?"

  2. Abah kerja kuat siang malam mahu tengok anak-anak berjaya dunia akhirat, seikhlas hati tanpa merungut. tak jemu cari duit, nanti senang pegi cash deposit kat akaun anak, even malam-malam sekalipun. tapi kita suka-suki guna duit beli topup ambil berat bf/gf/scandals/adk-abg terangkat, tengok wayang, shopping-shopping, after dat, result tak seperti nilai duit abah.
    "abah ikhlas, aku ikhlas ke?"

  3. kawan kata, our friendship is so true. diorang seikhlas boleh menjadi teman kala susah kala senang. duit pon sanggup sharing asalkan tak mati sebab lapar. even diorang tahu, kita bukan mampu bayar balik dalam masa singkat. tapi kita, kawan ajak teman sat pi pekan jumpa doktor, punya liat. berjuta alasan bagi sebab nak tidur, atau layan korea, atau sebenarnya malas.
    "kawan aku ikhlas, aku ikhlas ke?"

  4. Cikgu-cikgu suma duk pulun cari bahan nak mengajar. dah la kena mengajar, kena marking test/exam yang.. err.. takpe lah. kena jadi coach sukan, kena buat line padang, kena buat kelas tambahan lagi, kadang-kadang cuti sabtu ahad pun lepak sekolah juga. tapi dek sayang anak murid, dan ikhlas galas tugas as guru. redah jer, janji anak-anak didik cemerlang. tapi kita? free-free je sepak terajang depa, kojaq dgn depa, pancit tayaq keta, kutuk umpat suma serbi la. pastu result? nasib baek bila cemerlang kena interview, ade terima kasih kat cikgu. yang tak sukses? cikgu la ni ajaq ntah macam mana ntah. syok sendiri, tau nak rotan, nak marah.
    "cikgu ikhlas, aku ikhlas ke?"

  5. erm, tunggu part 2 la! haha. peace!


p/s : welcome to brader sista of UniMAP to be. grab da chance, or u'll regret it. trust me. :)

Wednesday, June 22, 2011

wordless Wednesday - kesibukan festival konvo..



music : Pulanglah - Awi Rafael.

Monday, June 20, 2011

'buaya' pun ada feeling la, hehe

bila saje-saje bosan takde keje, then idea dtg mencurah-curah, gatal jugak tangan ni nak mengarang. kadang-kadang konpius, boleh pulak engineer minat sastera, art dan sebagainya? tapi ape nak hairan, ape pun boleh je dengan izin tuhan!

banyak bunyi tak best, ni ha, amekk, cerpen 'cikai'. dah lama buat dah. selongkar-selongkar kat dalam drive, trjumpa lak. saje share. hehe. layan kan sajer.

***
Lokasi; MyHeart Restaurant. 9 p.m.
“Amer.. do you love me hun..?”
“Dania.. how many time should I told you, how much I lo…” SPLASHH..! belum sempat Amer menghabiskan kata-katanya, segelas air fresh orange sudah selamat menyiram muka.
“what the..??”
“enough Amer, I dah tahu sape you sebenarnya ok, totally buaya! I mangsa ke berapa hah??! And.. one more thing, mr Casanova, I’m Hazlien, not DANIA! Good bye!”

Terkebil-kebil Amer menghantar Hazlien yang semakin hilang dari pandangan. Malu, tapi hujung bibirnya, tetap mngukir senyuman sinis.
Cehh. Kantoi lagi! Alah, ade aku kesah kau dania ke sarah ke.. haz.. ape ntah. Satu pergi, more to come la wey! Hehe.

--^^--

Ya tuhan, awat la bosan sangat ni? Kotak bernama televisyen ni pun, bukan ade ape-ape yang menarik, harap piring kat luar tu je yang besar. Aishh..buat abis duit aku je duk bayar bil bulan-bulan. Budak-budak ni pulak mane arah nye ntah? Dari pagi tak nampak. Eheh, mane nak nampak ek, aku bangun pun da tengahari..ade kelas la tu..hurmm..
“woitt!”
“omak ko terabur! Cehh, bile ko balik? Gile ke maen sergah-sergah macam ni, orang bagi la salam ke..eishh!”
“haha..melatah ko mer, ak da bagi salam da tadi..ko tu je yang pekak..” ajim terus duduk kat sebelah aku tanpa diajak. Saki baki ketawa maseh segar. Ade ke ajim bagi salam tadi? Ahh..lantaklah..
“Jim, free tak petang ni, jom maen basketball. Da lame tak maen, berkarat skill aku. Lagipun, bosan laa..yeh? yeh?” serius, aku memang da rindu kat gelanggang bola keranjang. Dulu, hari-hari aku ngan ajim turun, tapi, sejak da masuk tahun keempat pengajian, makin kurang pulak.
“emm..ok gak. Aah kan, da lame kite tak kuar peluh. Woo, jap-jap, sejak bile ko tahu erti bosan ni? Mane pegi awek-awek ko yang keliling kepala tuh? Elek? Haha..”cehh. sempat lagi nak kenekan aku. Tapi, memang pun, aku mane pernah bosan before ni, manjang ade date ngan awek, tak pun, handset aku ni, tak pena tak berbunyi. Ade je call atau message. Hehe. Sape tak kenal, Amer Fayyadh, buaya paling kacak kat Kolej Sri Intan ni! Yeah, ade unsur-unsur bangga di situ. Hehe..
“kecoh la kau..nak main ke tak nak?”
“hahaha..nak.. nak..”

Petang tu, seperti yang di’plan’, aku ngan Ajim serta beberapa orang lagi geng, turun ke gelanggang basket. Ramai juga manusia yang of course majority of it students kolej turun kat kompleks sukan. Awekss pun comel-comel..hee..alang-alang tengah free ni, cari stok baru ok gak..kali ni, stok sport girl. Haha..
Dushh..! maka selamatlah bola landing kat kepale aku.
“weh mangkuk! Ko nak main ke tak nak?”
“hehe..nak..ala..lepak la jim..amek mood..pale ni bapak aku bayar zakat tau!”
“banyak la ko nye mood. Lembab cam siput”

Game petang tu, memang heaven. Even dah lame tak maen, skill-skill aku tak lah berkarat sangat. Cukup la untuk girls tengok caer..hee..alamatnya, ade 2 nombor phone girls baru aku dapat. Well, tak payah puji, I know already. Hehehe..
Macam biase, abes maen, lepak sambil minum kat gerai Che Nab. Favourite stall aku nih. Mane tak, Che Nab tu aku dah anggap cam mak aku dah. Tak sempat aku nak order, dah sampai dah hajat kat hati. Memang versatile la Che Nab. Hehe..
“lame ko tak datang mer..”
“busy la Che Nab..keje banyak..lecturer lak leceh je sume..”
“yelah tu..busy ngan keje ke..ngan pompuan?”
Pecah ketawa budak-budak dengar seloroh Che Nab. Aku? Sengih je la mampu..tak kan nak deny? Huhu..
“Amer..Amer..ko ni,tak habis-habis duk usung pompuan sane-sini. Tak baek tau tak? Kalau da berkenan, chop satu buat bini, ni tak..ishh budak ni..”
“ala Che..amer bukan ape..saje nak kenal-kenal..nak buat bini, tak berkenan la mer..”
“aku pun tak berkenan nak buat bini kalau ngan budak-budak baju tak cukup kaen ko tuh..laen kali nak buat calon bini dunie akhirat, tu, haa..yg macam tu baru betol..” sambil muncung mulut nya menunjuk ke arah seorang gadis di sudut kanan gerai.

Saat terpandang je kat die, aku betul-betul terpesona, berkulit sawo matang, tapi ayu giler! Angin pulak dan-dan bertiup. Membuatkan gadis tersebut acap membetulkan tudungnya yang ditiup angin tibe-tibe tu. Ke aku je berangan? Huhu..

--^^--

Ok, kali ni, serius, aku betul-betul tak boleh tidur. Mane tak, asyik ingat kat awek Che Nab tu jekk! Amer, its has been 2 weeks ok! Gosh, tak pernah aku teringat mane-mane girls cam ni skali. What so special? Entah..aku pun tak tau..to make it worse, name die pun aku tak tau! Cehh. Macam aku boleh ingat kalau tau pun. Hehe. Adoiyaii..bikin haru la camni..

Keputusan nekad, sebab dah tak boleh nak tidur sangat, aku pun jalan-jalan amek angin kat sekitar taman perumahan kat mane aku menyewa. Gile? Ahh, aku peduli ape, janji aku bahagie. Tengah syok-syok feeling sorang-sorang, sampai kat satu celah rumah ni, hamper gugur jantung aku bile ade satu lembaga serba putih bertembung ngan aku! Muke aku? Kalau tikam, confirm tak de darah dah..
“Ya Allah, kenapa muka awak pucat sangat ni?”
Aku pucat bukan sebab takut hantu, sebab aku memang tahu lembaga tersebut adalah seorang gadis bertelekung, tapi aku pucat sebab gadis tu..dielah…awek Che Nab!
“err..tak de ape..tak de..”
“maaf saudara kalau saya buat awak terkejut..”
Perghh..suara..lembutnye..senyum..manisnye..
“eh,tak..tak..”
Kenape aku ni?
“kalau macam tu, saya minta diri dulu, assalammualaikum..”
“waalaikum..mussa..lam..”

Aku hanya mampu hantar die dengan fikiran yang pelik. Jadahnye pagi-pagi bute ni pakai telekung macam tu, nak pegi mane? Sorang-sorang lak tu.. tibe-tibe, aku terdengar suare-suare wanita ketawa kecil, aku mule fikir bukan-bukan. Tu bukan arah die pegi tadi ke? Takut-takut berani, aku redah tinjau arah tu, lega. Sebab die sedang berbual dengan dua lagi gadis yang same attire dengan nya dan berjalan menuju ke..surau..? walaweh! Da subuh ker?? Dan akhirnya, azan berkumandang, dan aku pun turut sama melangkah ke situ.

--^^--

Pertemuan kali kedua yang tak sengaja tu, buat angau aku makin teruk. OMG, teruk da buaya kacak ni! Boleh hilang title nih. Huhu. Tapi at least, aku tahu, die penduduk taman ni gak. Ade senyuman di situ.
“mer, teman aku pegi gym jap weh!”
“gym? Wehh..ko mimpi ape ni jim? Haha..”
“ala..sibuk la ko..aku kene anta proposal ni kat prof. ajeb ari ni gak. Die time-time ni kat gym..jom la..pliz!” sambil angkat kening double. Cehh. Kate la nak abiskan minyak kete aku. Banyak bunyi plak!

Elok je kaki aku pijak lantai gym milik kolej tu, sekali lagi, fenomena tu berulang. Jantung hamper gugur. Muka pucat. Ahh, tau la kan kenape? Opss, jangan silap, awek Che Nab bukan sedang mengangkat besi berat. Apatah lagi berlari-lari kat mesin. Tapi dengan khusyuk, menulis sesuatu di meja daftar penggunaan gymnasium itu. Ok, masa sudah tiba.
“err..hai, ingat lagi?”
Wajahnya di angkat dari buku. Tersenyum. Angguk. Aku? Cairr..
“err..well, keje kat sini ke?”
“nope, tolong abang jage je..” sambil memandang seorang lelaki yang tajam memandang aku. Woo. Cuak seyh!
“oh, yeke..err..tak pelah camtu..minta diri dulu eh..” tengok ajim pun da selesai. Karang tak pasal aku tidur hospital pulak. Sambil senyum aku ikut ajim keluar. Tapi tibe-tibe, aku tak tau macam mane, aku masuk balik and..
“err, jap saudari, whats your name??”
“..Nur..”

--^^--

Nurbatrisya Aqilah. Tahun 2, pengajian kejuruteraan kimia. Asal kat Negeri Sembilan. Ahah! Jangan berangan la sume ni aku tau dari mulut die sendiri. Kalau Che Nab tak de, tak tau la aku jadi ape. Hehe, Che Nab, Che memang versatile la! Tapi satu je..
“nombor tepon takde. Nak ko crik sendiri. Ingat ko hensem Che nak bagi senang-senang?”
Aishh..ah, tu sume tak penting. Yang penting, sekarang, asal ade waktu free, aku mesti carik Nur kat area kampus. Tapi hari demi hari, aku hairan, die betol-betol macam nak mengelak dari aku. Dulu ade gak senyum. Sekarang, jeling pun tak nak. Ape kes? Soalan tu, angin lalu je jawab..
“eishh..nyampah tol la!” degus Nur sebaik je duduk di sisi wawa. Senior merangkap teman akrabnya.
“pehal ko ni nur? Takde angin, takde rebut..tibe-tibe marah-marah..PMS? Hehe”
“banyak la..si buaya darat tulaa..sibuk ngacau org lg..rimas la!”nur pada mulanya, akui, amer Berjaya mencuri hatinya..kalau tak banyak, sedikit. Dengan telatah lucunya, serta keramahannya. Namun, selepas dengar cerita wawa yang pernah menjadi mangsa Amer, die buntu. Sedikit demi sedikit perasaan itu cuba dikaburi dengan kebencian.
“hishh..tak abes-abes la si amer tu..perangai tak ubah-ubah! Alaa..ko abaikan jela die. Nanti die penat, give up la tu. Macam takde pompuan lain die nak telan. Huh!”

--^^--

Amer di library? Hehe..satu keajaiban. Tapi, aku betul-betul sedar sekarang. Sedar siapa aku sebenarnya, seorang muslim yang dihantar mama dan papa ke kolej ni, untuk tuntut ilmu. Menjadi harapan mereka, menjadi seorang manusia di masa depan. Manusia yang boleh diharap, bukan sampah merata. Weh, dah tahun akhir pun belum terlambat sangat ok! Kesedaran ni, aku tak tau dari mane ia datang. Mungkin, dari die? Naah, dari yang Esa, itu pasti.

Mase melangkah keluar dari bangunan ilmiah itu, aku terpana jap. Nur..
“Nur, tunggu jap!” segera aku memintas, tatkala nur cube lari bila terpandangkan aku.
“awak nak ape ni? Tolonglah amer, saya ade banyak urusan lain..”
“Nur..saya..saya tak faham..why are you keep run away from me? Ape salah saya? Cube story skit, takdelah saya macam ayam berak kapur je hari-hari..hehe”
Heh, mamat ni, sempat lak wat lawak bodo. Ingat comel ke? Erk,memang comel pun..huu..
“dah lah, saya takde masa la nak layan awak..saya pergi dulu.”
“no..no..wait, tell me first, salah ke saya nak mengenali awak dengan lebih dalam lagi? Salah ke jika saya nak memahami awak Nurbatrisya Aqilah?” heh, ayat kasanova. Tapi this time, ikhlas ok! Serius. Saat tu, Nur dah berpaling dari aku. Tapi shes turn back. And ade aura kemarahan di situ. Erkk?
“fine, awak tak salah ape-ape amer. Tapi, saya, saya yang tak mahu diri ini dikenali atau lebih tepat dipermainkan oleh seorang buaya macam awak, Amer Fayyadh!”seraya, nur meninggalkan amer terkulat-kulat sendiri.
Kata-kata akhir Nur memetir dalam kepala aku. Berulang-ulang merenjat hatiku. Setiap langkah nur yang makin jauh menikam-nikam jantung. Sungguh, aku da kantoi berkali-kali mempermainkan perempuan. Tapi, kali ini, aku rase sakit. Sakit sangat. Aku rase macam totally loser. Dan entah macam mane, ade air hangat mengalir kat muka.

--^^--

“cut it off la amer. I don’t want to have any relation dengan you lagi. Get it?”
“azwa please..ok fine, look at me, I’m sorry..i’m very..very.. sorry..i dah sedar..i tau I salah sangat-sangat..please azwa..help me, forgive me..” aku gagahkan diri, tebalkan muke memohon kemaafan kepada bekas awek aku dulu. Aku cuba sedaya yang mungkin membuktikan keikhlasan aku.
Hishh..mamat nih, bengang tol la aku, suka-suka die je..well, he looks really sincere..kesian pulak aku tengok..
“ok la fine.. I tolong..but, I’m not azwa la you loser, I’m azwin deh!”
“gosh! Thanks azwa..eh, azwin..hehe..thank you so much! I really appreciate it! Hanya Allah je yang boleh balas you..”

Pagi tu, sejuk, sebab baru lepas hujan. Aku tunggu jugak dengan sabar. Aku tawakal seadanya, andai jalan ini tak mampu memujuk Nur, aku pasrah, mungkin betul cakap Che Nab, bukan jodoh aku..
“Nur..”
“awak lagi! Kan saya da kate, jangan ganggu saya! Susah ke nak faham?!”
“wait Nur, awak dengar dulu what im going to tell you first, then, kalau awak nak pergi, awak pergilah. Saya janji tak ganggu awak lagi..please..”
Hishh..he is very demanding la!
“ok,make it fast, and janji, jangan kacau saya lagi lepas ni.”
“well, saya sedar, dulu saya memang teruk. Tak reti menghargai wanita. Terlalu bangga dengan kelebihan yang tuhan pinjamkan. Berpuluh gadis saya perkotak-katikkan perasaan mereka. Malah ada yang gila kot. Saya tahu, saya memang sesuai dengan title buaya darat tu..tapi, itu dulu nur..sebelum saya kenal awak..sebelum pintu hati saya betul-betul diketuk dengan perasaan suci kurniaan Ilahi..dengan awak, baru saya sedar erti sebenar cinta. Baru saya faham fungsi sebenar seorang wanita di sisi lelaki..saya jahil dulu nur..tapi awak ‘cahaya’ saya..kalau saya ni tumbuhan, camne nak idup tanpa awak..maaf Nur jika saya salah, tapi setiap orang buat salah, setiap orang boleh berubah..awak lebih tahu bukan..?”

Sepi. Bunyi angin je buat cam lebih dramatic. Aku berdebar tunggu respon Nur.
“cukup la amer. Saya nak tergelak dengar ayat-ayat mat buaya cam awak ni tau! Awak simpan jela untuk orang lain. Saya tak percaya langsung.” Nur berpaling, tak sanggup melihat wajah amer. Dia sedar, jauh di sudut hatinya, berkocak mendengar luahan ikhlas amer. Tapi, dia tak mampu untuk percaya lelaki itu.
“Nur..percaya la..amer betul-betul da berubah..he means it..”
Ehh? Tu suara wawa..aikk?
Macam robot rosak, Nur berpaling balik ke belakang. Terkejut melihat Wawa berdiri di sisi amer. Serta..beberapa orang lagi gadis yang dia tak kenal, dan tak pasti bila ntah sampai?
“betul tu..amer ni dulu memang mangkuk sikit, tapi sekarang, die da insaf..dulu I pernah kene gak ngan die, but die da minta maaf dah. Sungguh-sungguh die menyesal. Ni sume sebab die betul-betul sayang kat you Nur..believe him..”
“yup,she’s right. Amer changed. We’ll guarantee, you really means to him.”
“serius, buaya-buaya mamat ni pun, I rase, die dah jumpe the one yang betul-betul die perlu. Its you Nur.. percayalah..”

Seorang demi seorang menyokong amer. Sume memberi jaminan yang amer betul-betul cintakan Nur.
“Nur..see..kalau awak tak percaya lagi..ape lagi yang saya mampu buat..” panas telinga aku kene kutuk depan-depan nih. Takpe..sabar-sabar..
Lirih suara amer. Terpancar sinar keikhlasannya di situ. Nur merenung dalam mata amer. Amer membalas dengan penuh harapan. Pandangan beralih ke wawa. Ada anggukkan penuh yakin dari wawa.
Nur senyum.
“ni persatuan bekas-bekas kekasih Amer Fayyadh ke? Hehe..”
Senyap jap. Then, pecah ketawa sume yang ada. Aku lihat Nur tersenyum manis kepadaku. Aku mengerti, aku bahagia, buat pertama kalinya. Syukran ya Allah..

--^^--

“Amer Fayyadh..and Nurbatrisya Aqilah..hurmm..”
“jim, tolong aku pakai samping ni…eh?”
Alamak, bala..
“woi, ko baca diari aku jim?!!”
Maka, huru-hara sekejap rumah dato’ Hasyim apabila pengantin lelaki berkejaran dengan pengapitnya, Ajim.





Ifasyrun.
25NOV09.

Saturday, June 4, 2011

kerana mulut, mak ai rasa bersalahnya....

betul la orang kata kerana mulut badan binasa. adehh. kawan syafi baru lepas kehilangan kazen buat selama-lamanya. as a close friend, syafi mmg la bg support and takziah kat dia kan. tapi that nite, entah mcm mana, dia text syafi tanya sal sumthing yg i'm not sure, then die tnye pe yg syafi sure? dah la tengah mamai, so main jawab jek,
"xtahu la, yg aku sure ialah MATI, tp bile tu xtau la"

i said MATI. demmmmmm!

patut la moment after dat dia tibe-tibe cakap sepatah-sepatah. ingatkan dia sibuk ke, nak tido ke kan. sentap weh bila baru teringat syafi mention MATI. arghh..

maka bermula la sesi memohon maaf tak henti-henti. seyes rase guilty teramat. lagi-lagi bile die tak show pun yg die marah ke, maki hamun ke. he just said, "its ok.." fuhh, fuhhhh.. tlg la, maki la aku, sikit pun takpe. waaa..

i'm totally down. sendiri punya salah maaa.. he keep on silent. padan muke den. huhu..

what should i do? mak ai, tak tenang rase hidup. yakuza, i'm sorry beb! T__T

Tuesday, April 26, 2011

a new 360 degree life changes.

sebuah titik mula baru yg banyak merubah hidup ini. menggalas amanah mahasiswa di bahu, seiring dengan tanggungjawab sebagai mahasiswa sendiri serta tugas sebagai anak dan muslimah.

Friday, February 4, 2011

Nina's 1st GA. :)


I deserve to have Nina's 1st GA because, NZ's my dream country and i never have a dream come true. :)

tagged :
shaza
hatim

*more info, visit Nina's.

Thursday, February 3, 2011

terlalu penat..

*n3 bersifat peribadi. maaf

Ya Allah, sungguh aku faham, memang engkau yg Maha Mengetahui. Kau lebih tahu apa yg terjadi, dan aku sedar pasti ada hikmah selepas semua ini. namun, hati aku lemah. penuh titik hitam yang entah bila akan terhapus. yang sekian kali aku takuti, aku kesali, namun tetap aku kotori hati ini. Astaghfirullah.. betapa lemah jati diri, betapa lemah keimanan diri..

benar, Kau tak mungkin uji hambaMu dgn ujian yg tak mampu kami hadapi, tempuhi. namun tuhanku, bantulah aku.. waima sedikit sinar kekuatan.. tak tertanggung rasanya kekecewaan ini, tak terlawan rasanya kesakitan ini..

sungguh, luka di jari bisa diubati, dibaluti.. tapi luka di hati, bagai tak pernah akan sembuh.. umpama luka kene siram dek perahan limau, lumur dgn garam halus. Allah.. sakitnya, Kau sahaja yg tahu..

kekeliruan ini, kekusutan ini, terus jd beban. untuk apa pun aku tak faham. things are easier said than done. sure. redha dan pasrah itu pasti, tapi untuk lalui, sakit.. bertimbun sudah buku motivasi aku telahi. dari Al-Quran yg satu, Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni, sampai la novel-novel Hlovate. semua cetus inspirasi. cetus motivasi. tapi hati ini.. Allah.. sering sangat mengenang. untuk apa pun tak pasti..

bak kata Hlovate, live hell or live well, you choose. yeah. setuju. tapi hati ini...

hati yg dah berkecai bersepai, boleh camtum lagi ke ek? yada yadaa. rubbish. end. sekian.




*fasa hidup yg sgt sukar sekarang. mohon doa saudara islam sekalian. tapi sedar, krisis di sana lagi dashat.
Related Posts with Thumbnails