Wednesday, September 8, 2010

when i'm in a WAR.

sumpah lama gilaa tak update, kan? hadoii. kesibukan tahap tak hengat plus internet kena block kat hostel. perlu kah daku guna broadband? naa, sama jek. dia punya loading je nanti kalah siput. adehh, naseb la kan duduk kat dalam pendalaman. ehehe. banyak kot buah fikiran yang terpaksa dipersia kan. tapi takpe, dalam banyak-banyak tu, syafi tetap nak share one of it yang i think i should share. no matter what.

**************
awal Julai lalu, aku (baru feel) dengan budak course mate and several other course kena la menyempurnakan satu antara 7 pillars yang hanya warga Unimap je tahu pekebenda. kitorang kena berkursus ala-ala patriotik gitu. lokasi kat Kulim, Kedah. dengar je kena pergi, memang merungut tak habis. sebab yelah kan, aktiviti patriotik. mind set, sure bosan. tapi nak ke tak nak, redah jela, nanti tak dapat skrol pulak masa graduate. huhu.

jiwa masing-masing kan muda. darah tengah hot. mana layan patriotik suma ni. tanya la sejarah, yang famous facts boleh la jawab. cuba tanya or mintak pendapat dari kitorang sal isu semasa or the history. tak ke tergagap nak jawab. tapi, point kat sini, aku nak kongsi, from that kind of kursus whatsoever la, baru la, hati dan jiwa ini tercuit dan minda tercetus sesuatu yang berat yang tak pernah hendak difikirkan selama sedekad kehidupan.

baru mula nak faham erti sayang kan negara ni. fuhh. lantak lah, kalau you all nak gelak sebab aku patriotik. tapi jangan menangis satu hari nanti bila dah takde generasi belia yang patriotik kat bumi Malaysia ni.

back to the title kan, war. before ni, kita selalu tengok movie perang jek. battle sana sini. terkorban. cedera. semua la values yang biasa. yang turut bisa buat jiwa meruntun. cewah. hehe. kita dah baca novel Bukit Kepong, tayangan gambar pun dah ada. kisah Leftenan Adnan. dan macam-macam lagi. memang, ada yang terkesan, ada yang menangis di akhir cerita. itu baru cerita, realiti yang digambarkan dalam lakonan yang tersiar di layar. pernah tak, kita yang merupakan pemuda pemudi yang riuh rendah di universiti, kolej dan sekolah ini, merasai ketakutan semasa berperang? kalut nak exam tu la konon nya peperangan. saying to myself. huk~

kisahnya, masa kursus tu, ada aktiviti outdoor. aktiviti yang kitorang buat, is quite different dan betul-betul luar jangkaan. malam tu, kitorang pecah pada 3 kumpulan. penyerang, pertahanan dan pengaman. misi penyerang adalah merampas bendera pertahanan. pertahanan harus mempertahankan. pengaman, konon cuba amankan keadaan kot? hehe. pendek cerita, aku tergolong dalam kumpulan penyerang. dengan bekalan bom kanji, kepala siap ada ikat kain, plan strategi pung pang pung pang. kitorang nekad la masuk medan.

guess what, ingat main-main perang dalam terang lampu. tapi, dengan pokok-pokok bersepah, gelap lg pekat. bila letupan starting bunyi, ketua wing aku jerit SERANG. gila berkobar. tapi jangan tak percaya, dalam situasi yang sepatutnya hanya sebuah permainan itu, aku kaku. takut debar and berani bercampur. dalam kegelapan tu, aku macam lost. biar betul, macam mana nak nampak musuh? bila dengar jerit budak-budak ni yang syok baling-baling bom kanji, gerun tu tetap ada. tu baru bom kanji, belum bahan api. masa team aku dapat rampas bendera, lagi haru, budak tu kena heret balik dengan pihak musuh. naseb baek tak kena tumbuk. nak pertahankan punya pasal. kecoh, bingit. malam tu, sebelum tidur, aku terfikir. it was just a game. what about the real one?

aku pariotik sangat? suka hati korang lah nak label. sebab bagi aku, generasi kita lah yang kena bangkit dari mimpi dan jerat musuh. merdeka dari pemikiran karut. easier said than done? memang lah. and that is why bersatu teguh, bercerai roboh. kalau generasi kita pun da tak reti hormat lagu kebangsaan, racist dan sebagainya, what will happen next? tak salah kan post entry ni pada tarikh ini, sebab merdeka bukan hanya pada 31 Ogos sahaja. right?

kesempatan ini, happy eid fitr pada umat islam, maaf zahir & batin.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails