Saturday, September 18, 2010

cerita raya

Aidilfitri tahun ni janggal sikit. sebab nenek pulak balik raya rumah anak-anak. tak pasal, raya pertama bukan di kampung, tapi di rumah mak saudara. nak buat macam mana kan, janji raya.

sungguh la raya tahun ni janggal. kenapa entah. rasa semua macam sama. takde yang lain dari yang lain. oh ye, raya tahun ni, berstatus solo. erk.

macam biasa lah raya, lepas bersiap bagai nak rak, salam keluarga & sanak saudara, kutip duit raya bersampul-sampul, makan sampai buncit then camera on jela manjang. posing sana sini. nasib baik ingat nak ziarah kubur atok.

yang lazim masa raya, bila da duduk dengan saudara mara sejantina especially, mula start 'conversation' yang da macam wajib la pulak kan.

"eh, cantik baju akak. ngerlip-ngerlip"
"baju kau cantik jugak. moden you"
"eh, eh, beli mana? mesti mahal kan?"
"murah jek, adalah RM500.."

contoh dialog je ni. lebih kurang plus minus la. sok sek sok sek. maklum la, setahun sekali jumpa. yang mak cik pak cik lagi best. soalan maut je bagi kan.

"dah ada yang punya belum?"
" haa..tu boipren la tepon tu"

sengih jela jawapan. takkan nak elaborate plak kan. yang cousins lelaki. aktiviti diorang main PS jela. takpun, goreng gitar. baju melayu pakai cukup 3 4 jam je. pastu tukar. yeke?

lepak-lepak dengan cousins memang best. even tak la rapat mana. tapi jengkel jugak kalau jenis yang show off tak hengat tu. hari raya bukan hari untuk berbangga dan menunjuk ok. sendiri mau ingat la. tapi the best part;

"wah, dah besar ek kau. sama saiz dah ngan akak"
"biasalah kak, orang kat luar tu, selalu tanya saya, belajar kat U mana, padahal saya kan sekolah lagi. hehe"
"iyeke, pelik ek, orang pulak, tak habis2 tanya akak, sekolah form berapa?"

hahaha. hamek hang. kisah benar tu!



3 comments:

fndrocka said...

hari raya kalau takde scene show off memg tak sah lah...show off kereta lah...henfon lah...kasut la..gelang la..hehe

Eyriqazz said...

Selamat hari raya...best tak raya tahun ni?

P/s : dijemput join My Raya Moments Contest

syafi said...

fnd: aah kn. brasap je. realiti.. hehe

eyriqazz: slmat HR.. sama jek.. nothing special. :)

Related Posts with Thumbnails