Saturday, November 6, 2010

Perlis banjir boh!!

memang tragik. elok-elok pergi kursus 5 hari 5 malam kat Penang, balik Perlis redah air. dari dalam bas yg bergerak syahdu, sayu hati tengok kiri kanan orang kampung duk letak barang-barang berharga kat tempat tinggi. seriously, first time aku experience banjir. lagi sadis, tempat penempatan sementara pun air sekeliling. dah macam pulau. huhu.

belum kangar lagi ni.

alhamdulillah, tersuntik rasa syukur dan insaf dalam hati. memang Allah nak uji sekali sekala. syukur jugak hostel Wang Ulu atas bukit. boleh la stay dengan selamat and focus study for final exam. tapi, sebabkan dah terputus hubungan dengan jalan kat luar, semua students pakat makan kat dalam, mana nak cukup kan? koperasi yg sentiasa full dengan makanan pon tiba-tiba kosong. haha. waima biskut kering cap ping pong.

hati mula dah tak sedap. mula-mula air nak dipotong. then announce pulak elektrik pun nak dipotong. internet lagi lah takde. makanan pun nak kena rebut. yang best, ngadu kat ibu, beliau suruh pulang. haha. maka, pulang lah aku ke desa. adventure nya balik kg this time, kami jelah yg tahu. nak keluar dari hostel kena naik lori hantu angkut tar. Ya Rabbi, feeling nya, Dia jek yang tahu. hehe. lori redah banjir slow motion jek. hamek kau, perlis yang penuh sawah padi dah macam lautan.

dulu ni sawah okeh. *bayang kitorang atas lori*

tersenyum tengok budak-budak duk main terjun tiruk dari beranda rumah. pak cik mak cik lambai-lambai macam kitorang perajurit negara. padahal lari dari masalah. huhuhu. tapi yang best UniMAP ni, terbaik je sediakn bas ke KL 3 bijik free of charges untuk students. ke Penang 2 bijik kot, Alor Star tak terkira lak berapa. tambang aku balik Tampin, dari 50++ jadi rm11. bersyukur gila okeh. sebab ujung-ujung sem ni, memang lah pokai kan. hehe. survivor-survivor yang stay pulak, dapat duet pampasan and makanan free. nak 'kondem' universiti lagi ke kawan-kawan?

tapi yang bikin panas, elektrik air semua still ada, hanya PROPAGANDA mpkk nak suruh students pakat balik. ceh! tertipu jugak aku...

apa-apa pun, sentiasa lah bersyukur, dan tak perlu mencari yang terlalu sempurna.



2 comments:

mira_nas said...

dengarnye.. 5 tahun sekali eh Perlis banjir..

epalmanis said...

lbih kurg la kot. sbb senior pnh ckp, 2005 perlis banjir gak. but this time worst la stakat ni.

Related Posts with Thumbnails