"Jika kamu memancing ikan.... Setelah
ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga.. Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...."
[specific]aku adalah si ikan yang kau lepaskan tanpa belas selepas diriku luka demi kamu. luka sedia ada kini kau perah dengan limau, kau tabur bersama garam. luka ini tak boleh aku ramal tempoh pulih nya. mungkin tak akan pernah sembuh? dan jika sembuh sekalipun, parut tetap kelihatan. kepada siapa aku nak tunding jari? pada diriku yang terlalu kasihkan kamu? dan tak mungkin aku rela menyalahkan kamu. kerna kebencian hilang saat aku mengenali kamu. terlalu butakah aku? bodohkah aku pabila terus menerus mengharapkan kamu? ceh, macam lah kau meneliti kata-kata ini. sekali lagi, aku tetap si ikan hodoh yang tidak kau inginkan.
[umum]sadis. bukan nak minta simpati readers. tapi nak saling ingatkan sesama umat manusia. beb, manusia semua ada hati dan perasaan. tak kesah lah gurls/boys sebab aku tak amal konsep feminisme. sebab we for sure need each others. so, janganlah anda tebuk, tarah luka dalam hati sesama umat. besar natijahnya. makan masa pemulihannya. setelah anda berjaya mencuri hati-hati insan terpilih, tak kesah lah apa jua cara, samada digula-gulakan atau sebagainya, jagalah sebaiknya. usah biar hati tersebut menyimpan dendam, fobia atau mati dari terus menerima kasih sayang anugerah Ilahi. dan tolonglah, jika anda rasa anda belum bersedia untuk menjaga hati itu, janganlah anda hampirinya. jangan disentuh hati itu. kerna jika benar-benar hati itu milik anda, pasti terbuka jua jalan bersama diri anda yang sudah cukup bersedia. mungkin apa yang aku kata ini omong kosong buat anda. mungkin secebis sampah. perkara leceh serta lame. sebab siapa aku nak berbicara bukan? tapi ingatlah, kadang-kadang apa yang disampaikan lebih utama dari siapa yang berkata-kata. demi pembangunan rohaniah dan intelektual umat bangsa, fikirlah.
*entry lebih bersifat peribadi. mungkin amarah. mungkin kekecewaan.
3 comments:
sabar2..
sesungguhnye tuhan maha mengetahui keluh kesah hambanya,,
mungkin itu ujian daripadaNYA utk hambanya terus dekat,berdoa,mngingati DIA..
langit xselalunye mendung, mungkin ia akan cerah esok atau luse:)
ohh.sebab da pernah disentuh hati.jangan kasi disentuh lagi.sampai da sendiri benar sedia untuk disentuh.go nikah go.
atim: thanx. huhu..
akufobia: hehe. btol la gak tu. :)
Post a Comment