" sometimes an intelligent girl can be the stupidest human being because of love"
setuju tak dengan statement kat atas? tak rasa betul ke? tak rasa ke kekadang, perempuan akan menjadi sangat lemah bila masuk bab-bab cintan hati dan perasaan ni. bijak genius macam mana pun, end up akan buat jugak benda-benda bodoh yang tak masuk dek akal.
lemah kan perempuan bila sudah jatuh cinta. sebab sedaya upaya dia menjaga pasangan nya. sampai lelaki rimas kerna di anggap terkongkong. kurang bijak dah perempuan bijak itu. patut nya jangan over protected. biar jugak lelaki melalui life diorang dengan kawan-kawan especially. lagipun, perempuan kan pakar dalam memendam perasaan, makan hati. so, pendam jela kan?
bila ada lelaki mula masuk jarum. memang mula-mula jual mahal. tapi keras macam kerak nasi jek. lelaki hebat dalam bab-bab ayat-mengayat ni. serius. ayat manis sampai boleh kena potong kaki sebab kencing manis. sampai perempuan bijak pun boleh tertipu. boleh tersangkut. jadi buta mana baik mana buruk. kalau si jejaka ikhlas tanpa secalit penipuan dan kepalsuan takpe. tapi yang memang niat dari azali nak buat main tu.. dan sekali lagi permpuan jadi bodoh kan? sampai ada yang give up dalam hidup. pegi bunuh diri sesuka hati. tak kurang yang menangis macam esok dah takde. yang jiwa kacau tak tentu pasal.
"even if i had a million reasons to leave you, i would find one to stay"
sweet tak? sweet kan. tapi cynically, it's stupid. rubbish. perempuan lemah, sakit hati macam mana pun, terasa makan hati macam mana pun, mata bengkak-bengkak nangis sorang-sorang pun, masih terhegeh-hegeh setia jugak kat lelaki. sebab ketulusan dan keikhlasan kasih dalam hati dia buat si lelaki. yang dipercayai separuh mati. sampai bodohnya mereka hingga tergadai maruah diri. yang kemudian habis madu sepah di buang. salah siapa? perempuan yang dikatakan bodoh lah kan?
perempuan terkenal dengan sifat lembut dan mudah terasa serta merimaskan kadang-kadang. kalau ada yang tak kena, mesti merajuk. rimas kan? tapi insan itu juga lah yang akan risau separuh mati bila suaminya nanti sakit. bila suaminya lapar. bebelan yang membingitkan itulah nanti menjadi satu kerinduan buat seorang lelaki bila perempuan miliknya telah tiada. dan kalau dah tau tak sanggup menahan kerimasan dan kejengkelan perempuan, buat apa didekati? buat apa disentuh hati nya? kalau belum sedia, jangan lah mencuba. persoalan di situ. dan pengakhiran sebuah kisah, perempuan bodoh jugak dipersalahkan, sebab terlalu gedik atau apa sahaja.
hebat kan lelaki. lemah kan perempuan kerana terlalu mengasihi?
tapi aku akui, bukan semua lelaki begini, bukan semua wanita begitu.
kesimpulan, tak usah lah terlalu mencari cinta manusia. sebab dah memang tertulis di loh mahfuz siapa yang akan menjadi teman sehidup semati kita. tunggu masa je. kejar lah cinta hakiki milik Ilahi. jangan dustakan cinta-Nya.
menjadi peringatan diri sendiri juga. sekian.
Sunday, November 21, 2010
Copyright 2009 definisi infiniti. Powered by
Blogger.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Designed by grrliz
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Designed by grrliz
9 comments:
nauzubillah. sangat tersentuh baca nukilan awak yang ni. semua yang awak cakap tu betul. kadang - kadang, taksub dengan cinta ni lain macam jadinya. papepun, bagi yang telah ada kekasih hati, jagalah diri sebaik mungkin. :) nice laa blog kamu. SUKA SUKA ♥
betoi tu pompuan slalu nak jadi yang terbaik untuk lelaki walaupun semua bnda tu mungkin membuat lelaki rimas atau lebih tepat sekali lelaki tu sendiri tak tau nak menghargai....
LATEST ENTRY
TAK SEMESTINYA SAMA PASTI ADA YANG BERBEZA
sedia kan diri.nikah.hee.smile.go.
kdg2 lelaki pun ada jadi mcm nie
being to protected to his gf.
tapi itulah keunikan dunia.
keindahan manusia kdg2 sedeyh kdg2 bahagia.
tapi aku rase ko nie klu jumpe org yg setia.
pergh! hahahha
saya sgt setuju ngn pendapat awak ni. sebab saya sendiri mengalami nya.
yang pasti lelaki dan perempuan saling memerlukan diri masing2.
tak kira lah samaada lelaki atau wanita yang banyak kelemahan. :)
nice entry. saya dah folo awak :)
Xde pengalaman bercinta lagi..takot untuk mencintai lelaki sblm kawen...sbb macam ni la...pempuan lemah dan cepat hanyut dengan kata2 lelaki...
~kupt budak baek ~
ngehhh3,,, nice ENTRY! nice blog u have! wawawa,,
goGOgo pp!! gambate n gudlucKS exam,, aishhh.. ade plak mase berbloG yew~ muahahaha =D
yups
macam aku cakap
jgn terlalu meletakkan kepercayaan
itulah kelemahan perempuan
P/S : Mat Rempit! Kawan Mat Rempit! Wayang! Terkejut!
betol la akak,..suke la blog akak,..memang x worth it langsung nanges beriye2 tok laki y belum tentu jd suami kite
Post a Comment