Showing posts with label iktibar. Show all posts
Showing posts with label iktibar. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

aku, dia dan si rambut hijau.

saya cute? ohh. i knew dat. go green! - istockphoto

petang itu, aku dan dia, yakni memberku merangkap classmateku tp for sure bukan soulmateku - mengalami krisis. krisis yang memang tak asing buat kalangan pelajar yang konon nya, letih belajar seharian. krisis kelaparan. lepas nekad dan berjaya mengenepikan kemalasan dek kelaparan lebih gila kuasa, kami keluar jugak dari sarang terkedek-kedek pegi carik makanan di tepian jalan susur masuk kolej kediaman yang indah.

okeh, habis mukadimah.

al-kisah, di hadapan ada lagi dua makhluk sekaum sedang berjalan dan yang pasti, terkedek mereka lagi meletop. kehkehkeh. si baju merah, aku tak heran. rambut lurus teknik rebonding siap highlight perang sikit. normal. (gila apa pegi usha orang dr belakang? siap komen lak tu. girls. haha). tapi si baju hitam tu aku tertarik sikit. jangan fikir bukan-bukan okeh. tertarik sebab, fesyen rambut mereka sama, tapi kaler berbeza. hijau beb! wow. berani. yakin. dan aku tahu keyakinan itu sexy. tambah lagi dia memang dah sexy. comel lak tu. dah macam Avril Lavaving pun ada. gojes bak kata member aku la.

pendek cerita, kebetulan kami menuju ke destinasi yang sama. kedai bakar-bakar. sementara tunggu order siap. aku dan member berdiri belakang sikit dari dua primadona tak siap tu (opss!). dalam mereka asyik tergedik sana-sini bersaksikan puluhan pasang mata terutama jantina opposite, aku dan member berpandangan dan tersenyum sinis lagi nakal.

*keluarkan iphone 4. saje cakap intonasi tinggi. "eh, ada mesej la!"*

dia : sape beb?

aku : kawan aku, mms kot. jap, gambar pe lak minah ni bagi.

arakian gambar tersebut terpacul, terus,

aku : weh, haha. huduh gilak pompuan ni punya rambut, jadah ntah kaler ijo ni. dah macam shrek tak siap aku tengok!

dia : mane? mane? haha. giler. sayang. muka cun dah.. mane punya olang la ni..

aku : kehkehkeh. kejutan budaya kot, tak pernah jumpa kaler. haha

dia : hadoi, sedih la. kau tak sedih?

aku : apahal nak sedih?

dia : kaum sejenis kita ngek! sebangsa seagama tuuuu!

aku : aah lah. tapi biarlah, kubuq masing-masing kan. urusan dia dengan Tuhan la.

dia : tula ang. jumud betoi pale otak. kalau kita tak tegoq, apa guna kita jadi khalifah kat bumi ni? haila..

aku : betoi la tu. tapi depa nak ka dengaq cakap kita? mesti depa jawab 'aku punya pasal la! yang kau sebok apahal??' ha, kau nak jawab ape?

minah depan kitorang tu, sure-sure dah berapi. nampak kot aura serta ion-ion negatif kat sekeliling. kehkehkeh..

si rambut ijo : excuse me, korang bercakap pasal i ke? WTFish! ape korang ingat korang pakai tudung macam ni dah cukup baik ke? hey, sedar diri la! pahala tu dah banyak sangat ke nak sebok dengan hidup orang ni? kalau baik sangat pergi duduk surau tu mengaji la! &*^%*#@!!

dia : eh, hello. excuse me miss. awat ang duk trasa ni? kami duk cerita pasai gambaq dalam iphone 4 ni. perasan la haih!

jeng jeng jeng. puluhan pasang mata memang dah fokus kat kitorang.

si rambut ijo : ahh. sudahlah! ingat i bodoh sangat? i tau la u all tengah kutuk i kan? pegi m*mp*s la dengan iphone 4 u! ingat k, life i u all tak payah sebok la, jaga kain u all sendri je sudah. pahala dah banyak ke?? weh, panas la aku!

aku : ni apahal duk terasa ni? gelabah ayam btoi. u dengar sini k. sebagai kaum sejenis, aku nak habaq. aku adore rambut kau. srius cantek. tapi kat neraka nanti semua terbakar la. sayang jek. ni kalau kau dah kawen, sure laki kau bangga. tapi tak kesian kat laki kau ke? tak pasal kena tanggung dosa sebab dayus bagi orang lain tengok aurat kau. nanti lau anak kau yang baru balik sekolah tanya, mama, kan rambut tu aurat, nape mama tak tutup? kau nak jawab apa? beb, kitorang ni memang tau amal kitorang tak banyak mana. dats why la kitorang duk bercakap dengan kau ni. dapat tambah pahala. terima kasih ek.

dia : eh, makanan dah siap. rm10 kan mak cik. terima kasih.

aku : dah siap ek, okeh. tu jela aku nak cakap. yang lain kau fikir lah sendiri. dah besau. sebelum tu, ni gambaq orang yang kami duk bincang. *tunjuk sepintas lalu, selaju yg boleh*

dan sesungguhnya, memang gambar minah tersebut. sebab mana ade orang mms, kitorang snap jek. kehkehkeh.

dengan selamba, aku dan dia blah macam takde ape berlaku. dari kejauhan terdengar si gadis menjerit;

"woi perempuan!!"

aku dan dia senyum jek. cuak campur best. bukan selalu carik pasai kan? hahaha. dan speed kami berjalan kian laju setiap saat. berani-berani takut gitu.

***********************************

fuhh! dan hakikatnya, kitorang hanya berdiri diam-diam kat belakang mereka. dialog di atas cuma imaginasi aku yang meliar ketika itu sahaja termasuk la penggunaan iphone 4 tersebut. tertipu? okeh, sila maki. kehkehkeh.

tapi honestly. aku memang rasa nak tegur. tapi normal la orang melayu. mana boleh kena usik. nanti melatah tak tentu pasal. huhu. last-last, aku yang amal tak berapa nak banyak ni, selemah-lemah iman, hanya mampu membenci dalam hati jelaa. huk.

okeh, mintak ampun jika terkasar bahasa. chill! no offense ok?



Tuesday, November 9, 2010

mentaliti cabuk?


mungkin agak serius ni. tapi takpe, sampai bila nak hidup dalam kesenangan jek kan, tanpa mahu berfikir tentang hal-hal yang serius. dek kerana terlalu leka dan bersenang-senang la kita tak perasan musuh yang datang dengan penuh mesra. kelak, kalau tiada negara untuk didiami, air mata darah pun can't go la der!

sekarang ni, perasan tak, kita sering dihidangkan dengan pelbagai isu yang penuh kontroversi. dan setiap kali itu jugak lah, kita-kita ini akan melenting melatah tak tentu hala. mengamuk sakan, mengutuk bagai. natijahnya, tak kemana pun. hanya jadi bahan tertawa musuh. mana tak, setiap isu kita telan bulat-bulat. betul atau tak, kita tak fikir. maen aci redah je kalau nak protes pun.

fakta entah ke mana, propaganda jugak yang diterima. paling sedih, mahasiswa yang inteleknya tinggi pon tiba-tiba macam cetek ilmu. kenapa tidak analisa dulu isu itu? kenapa tak lakar dulu pros and cons. dan sebagai ahli ilmu, mengapa tidak ketengahkan idea baru? ini tak, benda terang-terang salah, kita backup mati-matian. berparlimen di tepian jalan.

aku pun bukan lah kaya sangat dengan ilmu. kadang-kadang rasa tak layak pun nak bersuara. cuma cetusan rasa, yang sekian lama menjadi pemerhati senyap. cewah. tapi kalau fikir balik, adak
ah hanya kerana seseorang itu tak waras, fakta sains yang dikatakan kita tolak mentah-mentah?


rasanya, cukup-cukup lah kan kita berfikiran macam ni. its time for changes. sampai bila kita nak terus ditertawakan? dipersenda dengan cara paling mesra oleh musuh. sampai kita sendiri kabur. mentaliti kita harus digara
p semula. kita tak perlu terus hanya merajai jalan raya, memenuhi pusat pemulihan, menjadi ahli sekolah hamil, bersengketa hanya kerana isu yang remeh sampai berbunuhan. sudah tiba kita jadi kuat dengan ILMU. sebab dengan ilmu, baru kita tak dilabel sebagai genetik low class.

jika dunia sekarang penuh dengan korupsi, konspirasi dan sebagainya, kita lah yang kena bangkit mengubah nya bukan? buka mata sedikit, renungkan apa muslihat yang sedang berlaku sekarang. jangan terus leka dengan isu-isu lekeh yang tak lebih sebagai wadah musuh untuk porak perandakan kita-kita. bayangkan, jika sekarang kita syok jek nak pergi mana-mana tanpa gangguan, nak lepak, tengok wayang, dating, beriadah bagai, tapi tiba-tiba nanti semua itu terbatas dek berada dalam pemerintahan yang salah. siap nak main xbox pun tak aman. boleh bayang?

siapa yang lupa sejarah, pasti akan mengulanginya. kan? eh, dah kelaut mana ntah aku ni. haha. aku tak berkempen untuk parti politik. tapi aku cuba cetuskan buah fikiran jek. agak-agak entry ni salah tak di sisi undang-undang? huhu. kalau ada yang tak betul perbetulkan lah ok. budak muda yg mentah je aku ni.

Monday, November 8, 2010

zina berterusan even dah kahwin?

found this from facebook. maybe ramai yang dah tahu, maybe ada yang tak ambil tahu. tapi i'm feeling like i have to share it here. fikirkan okeh. la ni, kalau ada perempuan yang mengandung anak luar nikah, mok ayoh mesti suruh dia kahwin. tak kesah la dengan bapak budok tu, atau 'pak sanggup'. kan? tapi kita lupa hukum. hanya sekadar nak tutup malu dan aib keluarga. pernah belajar tak kat sekolah, yang perempuan mengandung tak boleh berkahwin?

[petikan] Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.


Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.


Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.


Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah!!!


jauhilah zina. itu yang terbaek kan?


*teringat cerita Asmara yang aku duk layan. hehe.



"sebarkan walau sepotong ayat"


Related Posts with Thumbnails