Sunday, June 20, 2010

dear abah,



abah hadiahkan ibu jam branded sebab excited punya pasal bila tahu ibu pregnant anak perempuan. muka abah seri-seri je. selalu benar abah cakap-cakap dengan kakak. even kakak tak faham pun. hehe. masa kakak lahir, ibu nak bagi nama Qistina Nursyafiqah, sinambunggan dari nama along, Qistan Nurhadi. tapi tiba-tiba abah tak nak. abah tukar, jadi Siti Nursyafiqah. ohh, terima kasih abah. kakak memang tak boleh terima nama Qistina tersebut. hehe.

abah, dari kecik, abah memang paling jarang marah or rotan kakak. even abah memang garang gila. sebab kakak baik. kan? ahaha. padahal kakak sama je menyetan dengan along and adik-adik. hehe. al maklum, sorang saje perempuan. semua kerja lasak diorang kakak ikut. sampai terbawak-bawak masa sekolah rendah. hehe. tapi, takde lah tak kena langsung. masih ingat, masa kena duduk luar rumah malam-malam sebab tak hafal sifir. huhu.

abah, abah la ayah paling best sekali buat kami. abah hanya pentingkan kami dari diri abah. kalau kami lapar, waima dompet abah hanya ada RM2 untuk minyak motor pun abah sanggup guna untuk beli makanan. abah, kami tak faham, masa kecik dulu abah kerja sambil belajar. kami tak tahu gaji abah rendah demi bayaran keperluan belajar abah. tapi kakak sentiasa guna semangat ingin belajar abah walau pada usia itu sebagai contoh. abah, maaf & terima kasih.

abah, kakak selalu tersentuh bila abah sebut, "untuk korang, seluar dalam da koyak pun abah tak tukar". kami ketawa, tapi percaya lah, hati kakak terharu. abah, kakak selalu tersentuh bila abah sentiasa gembira and excited bila beli baju bundle baru. abah cakap; jenama ni mahal, cantik lagi ni, lama abah cari dan macam-macam lagi. ibu cakap kat abah, sekali sekala, beli lah kemeja atau t-shirt baru yang betul-betul baru. tapi abah tetap merasakan duit nanti tak cukup untuk kami, meskipun gaji abah sekarang dah tinggi sedikit, malah kami sudah besar. abah cakap; "duit abah untuk anak-anak abah belajar, sebab abah takde harta lain selain memberi ilmu kat korang, takpe lah abah pakai baju koyak sekalipun.." abah, terima kasih.


hiasan.

abah suka bawa kami adik beradik travel. even travel budget even finally sebenarnya ia trip memancing abah. tapi kakak tetap appreciate sebab ada insan yang ibu bapa mereka tak bawa pun berjalan. kakak paling tunggu bila lalu dekat tempat permainan abah masa kecik. especially masa balik dari Johor, lalu dekat Muar. sebab abah mesti akan cerita apa yang berlaku pada abah masa tu dekat situ. dari kecik sampai sekarang, berulang-ulang sampai kami dah hafal pun. kadang-kadang kakak saje sambung cerita abah sebelum abah habiskan. hehe. maaf bah dan terima kasih.

abah, kakak sedar kakak bukan anak yang cukup baik. kadang-kadang kakak lupa macam mana abah jaga kakak masa kecik. nyamuk gigit sikit, mengamuk satu kampung. okay tipu jek. tapi abah memang jaga kakak sangat-sangat. tapi bila da besar ni, kakak sedar, kakak selalu buat masalah, kakak suka merajuk teruk-teruk bila tak dapat apa yang kakak nak. kunci bilik sampai abah tinggi suara. sampai abah kata nak pecahkan pintu. sebab abah memang boleh tahan garang, kecut juga kakak, bukak la balik. huhu. abah tak maki pun. abah pujuk je elok-elok. teruk kan kakak? tapi abah lupa kot, mana tumpah kuah kalau bukan kat nasi. abah pun suka merajuk jugak. ehehehe. abah, maaf & terima kasih.

abah memang hebat. bila abah rindu, abah selalu call kami. abah puji, abah kata rindu dengan kopi yang kakak buat. abah tanya khabar, tanya dah makan ke belum. tanya macam-macam. tapi di penghujung talian, mesti kami minta duit. paling cikai pun minta top-up. dan abah, terus keluar even malam-malam untuk masukkan duit, atau top-up. padahal, kami jarang call abah. lebih pada teman. abah, kakak minta maaf & terima kasih.

abah memang guru serta ayah yang hebat. tekanan di sekolah kadang-kadang buat abah hampir give up. tapi demi kami, abah gagahkan juga. kakak selalu tolong abah tanda kertas objektif. yelah, tak kan subjektif. tapi kadang-kadang kakak bace karangan-karangan anak murid abah. dan kakak dapat rasakan tekanan yang abah hadapi. fuhh, kalau hari-hari baca ayat belit-belit gitu, memang boleh migrain la! abah, jangan abah mengeluh bah, sebab guru itu lebih mulia, setiap ilmu yang abah curahkan, sentiasa memberi pahala pada abah. kami ada untuk abah.

abah, kakak betul-betul sedih bila tengok abah menangis semasa ada antara kami buat hal. abah rasa teruk sebab tak dapat didik kami dengan baik. abah, sesungguhnya, bukan abah yang salah, bukan ibu sekalipun, tapi diri kami sendiri bah.. abah dah cukup sempurna buat kami. abah sedih bila ada kehendak kami abah tak mampu tunaikan. abah rasa bersalah. tak pe lah abah, kami yang mengade memaksa. padahal, kami boleh fikir dah. abah, maaf sekali lagi & terima kasih.

kakak tahu abah tak akan baca pun. sebab abah memang tak minat dengan dunia internet. abah, dah 49 tahun umoq abah. tapi kami adik beradik selalu senyum je tengok abah nak bergaya macam umoq 30-an. abah benci uban. thats why abah inai jadi warna hitam kan? tapi tak lama pun bertahan. lama-lama abah biarkan saje. abah guna modal uban bila abah buat ayat touching. "yelah, aku dah tua, uban pun banyak.."

abah, terima kasih bah, selama kakak hidup 20 tahun ni, banyak jasa dan pengorbanan abah yang tak mampu kakak nak serta kan kat sini. terlalu banyak. kasih sayang tak payah cakap lah. cukup sangat. cuma kami yang tak reti nilai. abah, jika hingga hari ini, dari atas sampai bawah, pakaian abah hanyalah sederhana yang boleh, kakak tetap bangga dengan abah. tak ada sedikit malu apatah lagi jijik. demi kami abah jatuhkan ego, demi kami abah ketepikan sakit. abah ketepikan kehendak sendiri. abah, terima kasih!

"Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik, murahkan rezeki, ampunkan dosa-dosa abah serta panjangkan umur beliau. aminnn."

Selamat Hari Bapa, abah!


wrote at 2.15 a.m.. auto-post at 5.00 p.m.

sila abaikan : entry penuh emosi. maaf kalau menjengkelkan. T_T


26 comments:

suerafe said...

alemak , sedih kot ...

kim slam bapak syafi :)

NAZ said...

selamat hari ayah pakcik:) bertuah punya anak seperti syafi:)

NIA said...

selamat hari ayah abah syafi:)

SheyPull said...

siap sensord lagik 2..:P rahsia kew?

tang teng tong said...

menanges p ak bace;D
huhu

syazrinakuya said...

p,nak pnjam bapak ko.hehe~nk buad abah angkat.t bole ikot jenjalan.lalalalala.aku xdpat nye nak jalan2 nie

Chaied said...

comel.. :)

epalmanis said...

sue - hehe. baik.

naz - huhu. thnx. syafi yg untung ada abah mcm tu.

sis sizuka - ehehe..

sheypull - haha. yup!

atim - ak pon.. huk3

quyahh - haha. g ckp sendiri la. agaga

chaied - hee. maceh. :)

uncle said...

very the so touching bila baca kisah kamu ni adik syafi oi..bagusss

syarifah radiah ibrahim said...

uih sedih sedih.
huu~

selamat hari bapa buat abah syafi!
:)

epalmanis said...

uncle - huu. thnx!

syarifah - emosi sikit. hehe. thnx!

Syahira Mansor said...

sweet :)

Anonymous said...

selamat hari abah buat abah awak dan abah saye.. hehe

epalmanis said...

syira - hee. thnx. :)

maCy - hehe. yup, sesame tuk semua abah kat dunie. wee.

Nur S. said...

sgt touching..dan sweet juga. =)

diah agugu said...

tersentuh :')

Hidayah Ismawi said...

You made me cry ...

yup, our fathers sacrificed so much for us.. when we were young we did not appreciate them..

May Allah keep your family in His blessing :)

Unknown said...

tak menjengkelkan pun. menyentuh perasaan. :')

cik helena said...

sebak lah isk iskk

selamat hari bapa :)

epalmanis said...

purpleishpink - huhu. thnx :)

diah - hehe. trimas2..

sis hidayah - mmg tulis dgn emosi ni. huhu. yup. mmg bnyk pngorbanan mereka.
thnx. :)

juaini - hee. thnx

helena - huhu. me too. thnx :)

Unknown said...

takpe menjengkelkan pun.aku tak kisah kalau pasal abah.ngaa.

epalmanis said...

akufobia - so, mmg menjengkelkan la? ahaha..

Cheqna said...

semoga ayah Syafi berbahagia selalu.

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

ternanes plak...waaaaaaaaaaa...

epalmanis said...

cheqna - aminn. hee. :)

cikaidacomel - huu. nah tisu. sob. :(

Fairuz Zainal said...

serius.tersentuh! :)

Related Posts with Thumbnails