Thursday, July 21, 2011

spontaneously thursday


tolong bagi aku idea nak design trademark festkon6 !!






*arghh,stress,stressssssss

andai hati ada screen, kau sure nampak isinya.


  • "mia, mai kolej aku sat weh, barang hang da sampai ni. mai noh!". aiseh, time-time ni jugak la kau nak suruh aku datang zaty oi. takpe lah, malas-malas pon, aku redah jelah. rembat sweater, tudung express, kunci keta. jom!
  • kolej kediaman gajus. hehs. takde nama lagi indah ke ape? haha. stock barang untuk program peoples' talk dah sampai. nak tak nak kena ambik, sebab esok dah nak set up hall. "lain kali kan zaty, msg la aku kul 2 pagi ke, 4 pagi ke..lepas subuh laaagiiiii afdal". "hehe,jangan la menusuk sangat perli tu pun. ekeke". "takpelah, aku gerak dulu, thanks by the way! "
  • alahai, jauh pulak la parking keta pun. nasib baek kat depan tu meriah. mana tak, gerai macam tak siap tapi ada astro. elok-elok pulak tengah liverpool vs harimau malaya. meriah beb meriah. tp aku nampak merah je sume. biasalah.. "eh, mia!". pulak, sape yang baik sangat tegur ni. " oh, kau taqhif, hehe". "ape sengih-sengih. mai la sat, lama dowh tak borak dengan kau". gila ape, da kul 11 lebih da ni. xpelah, basa-basi jela, kang kate sombong pulak.
  • sedap je aku langkah masuk gerai tu, elok je mata aku landing kat meja sudut yang agak tersorok tapi ak still nampak. oh, hazry.. dengan awek cun. tak perasan la pulak si taqhif ni duk perhati aku. "mia, kau ok tak? sory la, we all bukan nak rahsia, tapi tak sampai hati nak bagitau kau.. kitorang pun surprised gak, nampak kau dengan hazry before ni macam loving couple, but..". "haha, ok jek aku. weh ok lah, lewat da ni, aku gerak dulu la ye, bye!".
  • saat itu, hazry ternampak la pulak aku. aku sempat sengih jek kat dia sebelum blah. sampai kat keta, "mia kejap!". ape hazry nak ni? "mia, sorry.. saya, sa..saya..". "eheh, takde apelah awk, cun seyh awek. awat tak habaq awai-awai? hehe". "mia awk tak marah? but..?". aku senyum, "yes, saya ngaku, i'm jealous. sangat. but then, saya tak boleh nak marah pun. sebab saya bukan siapa-siapa kan, cuma kawan baik awak..dah la,saya mintak diri dulu, bye". pastu aku terus masuk keta. reversed, and blah.
  • but hazry, kalau hati ade pancaran screen live, kau sure nampak apa isi hati aku kan? oi mia, what's with these tears?!

Wednesday, July 20, 2011

arghh,aku tak kira!


tak kira. nak jugak. nak jugakkk! walau ape pon terjadi, aku nak jugak. tak kira! nak jugak buat kek ni!

courtesy by : mdm sizuka. :)

tak kira, resepi dah ada. materials dah cukup. demi cita-cita dan kecintaan terhadap dunia kek, aku nak buat jugak. cuma masa je belum mengizinkan lagi. tak lama lagi nak Ramadhan. boleh balik rumah kejap. so, kitchen and oven, get ready! muahaha!


#2 - wordless wednesday; beach soccer event.gambatte!

Tuesday, July 19, 2011

kau ikhlas, tp aku ikhlas ke?


  1. Ibu masak untuk kita kat dapur seikhlas hati nurani, tapi kita tlg ke kedai beli ramuan masakan dengan upah, muka kelat, hati geram sebab potong line tengok nora elena. tak pun, dik cergas. tak pun, MUFC vs CHELSEA. even highlight jek.
    "ibu ikhlas, aku ikhlas ke?"

  2. Abah kerja kuat siang malam mahu tengok anak-anak berjaya dunia akhirat, seikhlas hati tanpa merungut. tak jemu cari duit, nanti senang pegi cash deposit kat akaun anak, even malam-malam sekalipun. tapi kita suka-suki guna duit beli topup ambil berat bf/gf/scandals/adk-abg terangkat, tengok wayang, shopping-shopping, after dat, result tak seperti nilai duit abah.
    "abah ikhlas, aku ikhlas ke?"

  3. kawan kata, our friendship is so true. diorang seikhlas boleh menjadi teman kala susah kala senang. duit pon sanggup sharing asalkan tak mati sebab lapar. even diorang tahu, kita bukan mampu bayar balik dalam masa singkat. tapi kita, kawan ajak teman sat pi pekan jumpa doktor, punya liat. berjuta alasan bagi sebab nak tidur, atau layan korea, atau sebenarnya malas.
    "kawan aku ikhlas, aku ikhlas ke?"

  4. Cikgu-cikgu suma duk pulun cari bahan nak mengajar. dah la kena mengajar, kena marking test/exam yang.. err.. takpe lah. kena jadi coach sukan, kena buat line padang, kena buat kelas tambahan lagi, kadang-kadang cuti sabtu ahad pun lepak sekolah juga. tapi dek sayang anak murid, dan ikhlas galas tugas as guru. redah jer, janji anak-anak didik cemerlang. tapi kita? free-free je sepak terajang depa, kojaq dgn depa, pancit tayaq keta, kutuk umpat suma serbi la. pastu result? nasib baek bila cemerlang kena interview, ade terima kasih kat cikgu. yang tak sukses? cikgu la ni ajaq ntah macam mana ntah. syok sendiri, tau nak rotan, nak marah.
    "cikgu ikhlas, aku ikhlas ke?"

  5. erm, tunggu part 2 la! haha. peace!


p/s : welcome to brader sista of UniMAP to be. grab da chance, or u'll regret it. trust me. :)
Related Posts with Thumbnails